Pages

Tuesday, 11 April 2017

Ayam ditanam digali semula di Bukit Asap


Susulan isu kepak ayam yang ditanam di Bukit Aup, Sibu dan kemudian digali oleh orang ramai pada 4 April lepas, pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia diberi masa selewat-lewatnya dua minggu untuk menyiapkan laporan mereka.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T. Subromaniam berkata jika siasatan menunjukkan terdapat unsur prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi dalam aspek pelupusan bahan berkenaan, tindakan keras akan diambil.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat sedikit pelanggaran SOP.

Namun menurutnya setiap aspek perlu diteliti terlebih dahulu seperti penglibatan pegawai atau kontraktor sebelum sebarang tindakan diambil
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment