Pages

Thursday, 27 April 2017

Askar Wataniah yang tidak aktif kini 'diburu'


GEORGETOWN: Seramai 31,061 anggota askar Wataniah yang tidak aktif akan 'diburu' bermula awal bulan hadapan, bagi proses mengemas kini keanggotaan pasukan keselamatan itu.

Asisten Panglima Pasukan Simpanan Askar Wataniah, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib, berkata pihaknya akan memulakan pencarian dari rumah ke rumah, selain menggunakan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sekiranya anggota terbabit sudah berpindah.

"Bagaimanapun, kami mengalu-alukan anggota yang tidak aktif untuk tampil serah diri ke kem berhampiran atau di kem yang mereka sepatutnya melaporkan diri.

Terdahulu, Abdul Rahim mengadakan Lawatan Ulung ke Rejimen 509 Askar Wataniah di Lebuh Peel, di sini.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment