Diusahakan oleh anak jati suku kaum Lun Bawang, Tagal Paran, buah epal ini boleh menghasilkan 1.5 tan daripada tiga ribu pokok yang ada dan hanya cukup untuk pasaran tempatan sahaja. Terdapat empat jenis epal yang ditanam iaitu Rome Beauty, Anna dan Manalagi, Tropikal.
Apa yang istimewa dengan epal ini, ia boleh menghasilkan buah dua kali setahun jika dibandingkan dengan epal di negara beriklim sejuk hanya sekali. Selain dari itu, buah epal ini bebas dari bahan kimia seperti lilin pengilat.