Pada zaman dahulu, ia merupakan sebuah kenderaan perang di sungai untuk kaum Orang Ulu. “Haruk Adang Usung Tingang” bermaksud Perahu terbang dengan panah burung kenyalang dipercayai mendapat 'tenaga' untuk 'terbang' menerusi semangat untuk membalas dendam.
Nama yang cukup gah dan dinamakan berdasarkan kepada cerita legenda kaum Orang Ulu. Kisah bermula apabila perang kayau masih diamalkan setiap roh nenek moyang yang terkorban dari Kaum Orang Ulu akan menyerap masuk ke badan setiap pahlawan Orang Ulu yang turun berperang.
Disebabkan semangat yang berkobar-kobar pada pahlawan terpilih, satu kejaiban akan berlaku di mana dari jauh mereka akan kelihatan mempunyai api di bahagaian dada. Pahlawan ini berada di barisan hadapan perahu. Apabila perahu bergerak, ia akan kelihatan seperti burung kenyalang yang sedang terbang di atas paras air sungai. Dari situlah maka terciptanya nama perahu tersebut.
Perahu Orang Ulu pernah mendominasi Sungai Baram apabila buat pertama kalinya pertandingan Regatta Baram diperkenalkan pada tahun 1899, perahu tradisional Kaum Orang Ulu telah dinobatkan sebagai “raja” di Sungai Baram. Pertadinga ini diadakan sempena perjanjian damai antara kaum ditemeraikan untuk menghentikan pertelingkahan antara kaum.
Perahu ini diperbuat dari kayu yang lasak dan tahan lama seperti kayu arau, kayu merang dan kayu engkabang. Di buat dengan kepanjangan sehingga boleh memuatkan sehingga 40 orang pengayuh. Kesemua permukaan perahu ini akan dihiasi dengan ciri-ciri seni dan yang paling menarik, haluan hadapannya akan diukir dengan corak kepala burung kenyalang untuk melambangkan keperkasaan perahu tradisi ini.