Pages

Friday, 2 December 2016

Asfia angkat sumpah pemangku TYT



KUCHING: Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar meng-angkat sumpah sebagai Pemangku Yang di-Pertua Negeri (TYT) bermula 1 Disember 2016 sehingga 4 Januari 2017.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan itu diadakan di Astana Negeri, Petra Jaya  dan disaksikan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem serta Hakim Mahkamah Tinggi 1, Ku-ching, Stephen Chung.

Pada istiadat itu juga, Adenan turut membacakan Surat Cara Pelantikan Pemangku TYT daripada Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Pemangku TYT Dato Fatimah Mohd Iskandar, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu dan ketua-ketua jabatan.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment