Kuching: Sepasang Kekasih ditahan berhubung kes rompakan yang berlaku di kuching dan pendawan.
Mereka, masing-masing berumur 21 dan 24 tahun ditahan oleh sepasukan polis dari unit D9 yang diketuai oleh Asisten Komisner Taruna Marian.
Menurut kenyataan Pengarah Javatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, kedua suspek dipercayai terlibat dengan dua kes rompakan masing-masing 1 di daerah kuching dan satu di daerah Pendawan.
Ujar Datuk Dev Kumar, suspek yang bersenjatakan sabit telah melakukan rompakan pertama di sebuah kedai serbaneka 7-eleven di Jalan Song Thian Cheok, kuching melibatkan kerugian wang tunai berjumlah RM1,284 dan dua telefon bimbit.
Suspek yang melarikan diri selepas melakukan rompakan terbabit melakukan ronpakkan kedua di sebuah kedai Gambar di MJC Batu Kawah melibatkan kerugaian wang tunai berjumlah RM1000.
Turut dilarikan kad bank dan kad pengenalan pekerja kedai gambar serta sebuah kamera dan 4 telefon bimbit.
Ketika ditahan kedua suspek berada dibawah pengaruh dadah dan kedua-duanya mengaku melakukan jenayah terbabit.
Susulan tangkapan berkenaan polis berjaya menemui sebahagian barangan hasil rompakkan dan sebuah kereta jenia produa Viva yang mengunakan nombor pwndaftaran Palsu.