Pages

Thursday, 17 November 2016

Polis buru suspek miliki rekod jenayah kerana langgar lari

Lawas : Polis Lawas sedang giat mengesan suspek kes langgar lari kemalangan di Kilometer 10, Jalan Lawas ke Trusan, petang tadi.


Suspek, 21 tahun berasal dari Kampung Baru Sundar, Lawas dan memiliki rekod jenayah curi mengikut Sekysen 379 Kanun Keseksaan itu melarikan diri ke hutan Bukit Suling, Trusan sebaik melanggar mangsa warga emas, 69 tahun.


Hasil siasatan awal.polis percaya kedua~dua kenderaan datang dari arah sama sebelum penunggang motosikal dilanggar oleh kenderaan suspek dari arah belakang.

Mangsa, Ali Pungut dari Kampung Luagan Sundar mengalami kecederaan parah kaki kanan hampir putus. Dia kini sedang dirawat di Hospital Lawas.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Supertinden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihak polis berjaya mengesan kenderaan jenis pacuaan 4 roda yang ditinggalkan di kawasan semak Bukit Suling.



--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment