Pages

Wednesday, 23 November 2016

Penuntut Malaysia di UIN Surabaya meniggal

JAKARTA: Seorang penuntut Malaysia  yang berasal daripada Sarawak di Universiti Islam Negeri Sunan Ampel di Surabaya, dijumpai mati di dalam bilik di rumah sewanya berhampiran kampus universiti itu semalam.


Allahyarham disahkan meninggal dunia oleh Rumah Sakit Dokter Soetomo, Surabaya pada jam 0600 WIB. Jenazah telah selamat disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid UIN Sunan Ampel. Jenazah kemudiannya dikebumikan di Surabaya atas persetujuan keluarga selepas Solat Asar tadi.

EM Indonesia diwakili oleh Warden, En Megat Mohd Samsul Megat Ismail beserta Atase Agama Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ustaz Abang Zainal Abidin Abang Ariffin bersama-sama hadir untuk memantau dan menguruskan urusan terakhir melibatkan Allahyarham.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada PKPMI Cawangan Surabaya dan juga para pensyarah serta pengurusan UIN Sunan Ampel Surabaya yang banyak membantu melicinkan pengurusan jenazah daripada awal hingga selamat dikebumikan.


Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan terakhir Allahyarham dan sama-sama kita mendoakan rahmat Ilahi dicucuri ke atas rohnya.

Al-Fatihah.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment