Pagi ini ziarah kejap perkuburan ibunya. Ibu saya bukanlah beragama Islam tetapi beliau memakai tudung dan jubah ketika mengikuti program Macma Ipoh. Itulah kelebihannya. Beliau boleh menerima saya memeluk Agama Islam pada akhirnya cuma di peringkat awal agak susah sikit. Kakak saya ok ajer. Sehingga ke hari ini hubungan saya dengan kakak tetap baik dan rapat walaupun berlainan agama.
Saya juga berharap saudara kita yang baru memeluk agama Islam janganlah memutuskan hubungan kita dengan keluarganya walaupun mereka bukan beragama Islam. Mereka tidak setuju dengan cara kita mungkin mereka ingat bahawa kita telah masuk Melayu dan tidak mahu keluarga lagi. Jadi, buktikan kepada mereka bahawa kita memeluk agama Islam dan bukan masuk Melayu serta tunjukkan sikap yang lebih baik dari sebelum ini. In Shaa Allah mereka akan faham.
Kredit FB : Ustaz Hafiz Ng Ipoh