Pages

Thursday, 10 November 2016

Kenalpasti anak kita sama mengalami gangguan komunikasi dan oral

INFOMASI

Berkomunikasi merupakan antara elemen terpenting dalam kehidupan kita seharian. Apatah lagi buat anak-anak. Anak yang normal mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi atau bercakap sejak dari lahir. Hanya berbeza caranya sahaja berbanding kita yang dewasa.


Masalah untuk bergaul bersama rakan dan orang sekeliling akan timbul apabila anak-anak lambat bercakap.Seseorang anak yang mempunyai masalah bercakap boleh kita kenali sejak mereka berumur 4 bulan lagi. Mengikut statistik gangguan komunikasi ini hampir 5-10% wujud dikalangan anak-anak hari ini dan nampak semakin membimbangkan para ibubapa.

Mari kita lihat ciri-ciri masalah gangguan komunikasi atau oral dikalangan anak-anak di bawah ini :

1) Usia 4-6 bulan     – Tidak meniru suara yang diucap oleh kedua ibubapanya.

– Masih tidak menunjukkan reaksi untuk ketawa atau berceloteh

2) Usia 8-10 bulan   – Belum pandai bertindak balas atau menyahut apabila dipanggil namanya

3) Usia 12-15 bulan  – Belum pandai membuat mimik muka yang pelbagai

– Tidak menunjukkan aksi untuk bercakap apabila menginginkan sesuatu

–  Belum dapat menyebut 1-3 patah kata

4) Usia 18- 24 bulan – Belum mampu menyambungkan 2 perkataan menjadi 1 ayat yang mudah

–  Tidak memahami fungsi alatan yang ada di rumah seperti sikat, sudu atau pinggan dan

sebagainya

– Belum mampu meniru kata-kata atau perbuatan ibubapa atau orang lain

– Tidak mampu menunjukkan anggota tubuh mereka apabila ditanya. Contohnya, ‘where is your nose Aiman?’ atau sebagainya

5) Usia 30-36 bulan – Tidak pandai menggunakan ayat yang sederhana

– Pertanyaan dan tidak dapat dipahami oleh orang lain selain anggota keluarga.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment