Nukilan Blog yang di tulis oleh blogger Zurazura, warga semenanjung. Kita kongsi bersama mengenai pandangan dan pengalaman beliau setelah berkunjung ke Kuching, Sarawak.
Assalamualaikum wbt.
Cerita ni dah lama, bulan 3 kot tak silap. aku kena attend karnival dan jaga booth untuk memupuk minat kanak-kanak kepada sains gittew. jadi sambil menyelam minum air, kita jalan jalan sikit area kuching ni. last sekali pergi kuching dalam post ni, pada 2009. banyak perubahan yang berlaku, tempat yang kami stay dulu pun tak pasti sama ada masih wujud ke tidak. tapi masih ada benda yang kekal.
sebab masa terhad, aku cerita hal makan je sebab makan je ada masa. haha. so first, sekitar bandar kuching ternampak lodge comel ni!
comel tau tempat ni, tapi aku tengok dari dalam kereta je. comel sebab i love cats.
next, mi jawaaaaa!
kisahnya, pameran kami terletak di Dewan Suarah, Kuching dan memang menjadi buah mulut orang yang makcik kantin kat sini masak sedap-sedap. laksa sarawak memang habis cepat. ni pun kira bernasib baik sebab dapat mi jawa makcik ni. memang sedap sangat sangat! terbayang-bayang dalam kepala kesedapan mi jawa makcik ni. even kwetiaw goreng makcik ni pun sedap. sanggup cari balik bila habis pameran tu tapi malangnya dah tutup. akak bagi 4.5 bintang dari 5 bintang untuk mi makcik!
mi jawa i love you!
tipikal pemandangan di sekitar kuching adalah bangunan ini. tinggi dan cantik!
Sarawak State Legislative Assembly |
NEXT!
pernah tengok cerita makan-makan di tv yang dihoskan oleh penyanyi Kaka Azraf pergi sarawak makan seafood. i was like, sarawak ada seafood meh? sebab last time kitak sik tau ini tempat. atau mungkin tak bukak lagi at that time.
tempat: Topspot. tingkat atas sekali. lepas naik lif, bukak je pintu lif AKU la jakun macam WAAAAAAAAAH meriahnya! tolonglah pergi. seafood dia is not bad at all.
pilihan untuk sup sayur. atau sayur campur |
semua sedap T_T
NEXT!
4 hari stay di Sarawak tak merasa lagi laksa sarawak. dulu pernah try, tapi tak adalah memberi impak dalam minda sangat. ini pun sebab aku google mana nak cari laksa sarawak best di sekitar kuching. aku jumpa orang recommend tempat ni;
tempat: Pak Amit Cafe. Specialties: laksa Sarawak and Mi kolok.
Laksa dia memang sedap. kalau tak sedap i tak post sini. heh. memang tahap terbayang, sampai semenanjung, tak tau nak cari laksa sarawak kat mana. MEGI ROYAL LAKSA SARAWAK pon bolehhh..
Laksa sarawak di Pak Amit Cafe |
NEXT
standard lah, kalau tak datang sarawak tak pi pekena kek lapis. berbondong bondong rakyat semenanjung memborong kek lapis di Kuching ni. last time, memang tak pergi sampai seberang cari kek lapis. persepsi terhadap kek lapis pun tidaklah begitu baik sebab selama ni aku rasa tak delah sedap mana pun.
tapi bila pergi DAYANG SALHAH ni, hidang pulak macam ni, rasanya Ya Allah, kenikmatan apakah ini? tips: datang pagi isnin, akan di layan seperti raja. kalau datang petang ahad, berhimpit himpit dengan customer lain pula.
Rasalah sepuas hati mu! |
lepas tu ke pasar satok lah kita. macam biasa, beli ikan, tengok ikan, tengok barang barang lain juga.
banyak sangat benda nak beli, tapi belacan tak belilah.
and terubuk!
murah dan sedap digoreng cili.
Last, pulanglah kami ke pangkal jalan. last time, i rindu jalan-jalan sekitar sarawak, this time, i rindu makanan sarawak pula. memang berbaloi cuba.
bye hutan kapas! it was a very nice trip!