Pages

Monday 12 October 2015

Pelancaran MYTV di Long Wat, Tegulang, Murum.


12 Oktober - MURUM : Majlis Pelancaran Program "Mobile Youth Transformation Vocational MYTV Programme" di Long Wat, Tegulang telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani bersama Panglima Medan timur Tentera Darat, Datuk Mohd Zaki Mokhtar.


Ia adalah satu program bergerak MYTV dan merupakan salah satu initiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan NBOS yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sarawak dan Angkatan Tentera Malaysia. Ia bertujuan untuk menyediakan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di kawasan pedalaman Sarawak supaya mereka mampu berdaya saling dalam pekerjaan.


Disertai oleh 60 belia dari Penempatan Semula Murum [kawasan Tegulang] dalam latihan bidang kimpalan dan pastri/bakery.


Peranan ATM sebagai peneraju latihan teknikal dan vokasional dengan kolaborasi bersama Lembaga Pembangunan Industri pembinaan Malaysia [CIDB], Akademi Binaan Malaysia [ABM] dan Kolej Komuniti Sarawak.

Foto : RTM Sarawak
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment