Pages

Saturday 1 August 2015

DCA sertai mesyuarat Isnin ini sahkan serpihan pesawat



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama kerajaan Perancis di Paris, bagi proses pengesahan komponen pesawat yang ditemui di Pulau Reunion, Isnin ini. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata mesyuarat bersama pihak berkaitan termasuk wakil Boeing bagi membincangkan prosedur untuk melakukan pengesahan terhadap komponen pesawat itu. "Kita tidak boleh terus melakukan pengesahan kerana kerajaan Perancis mempunyai prosedur mereka. 



Jadi, mesyuarat Isnin ini akan membincangkan langkah selanjutnya untuk tujuan pengesahan serpihan pesawat yang ditemui itu. "Tiada tempoh masa bila pengesahan itu akan selesai tetapi kita berharap ia dapat dijalankan secepat mungkin," katanya selepas merasmikan mesyuarat tiga sayap UMNO Bahagian Lembah Pantai, di sini, sebentar tadi. -BH
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment