Pages

Wednesday 5 August 2015

Beng Kor aktivis S4S didakwa di Mahkamah Majistret



SIBU: Seorang promoter Sarawak for Sarawakian (S4S) yang menganjurkan perhimpunan awam pada 22 Julai lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana enggan memberi kerjasama kepada polis.

Yeu Bang Keng, 47, didakwa enggan memberi ‘username’ serta kata laluan bagi akaun Facebook miliknya kepada polis ketika ditahan untuk membantu siasatan.



Berasal dari Kapit, Yeu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibaca mengikut Seksyen 249, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen ini memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Yeu didakwa enggan memberi kerjasama kepada polis di Balai Polis Sentral Sibu pada 15 Julai lalu kira-kira jam 4.30 petang.

Beliau didakwa enggan memberi ‘username’ serta kata laluan bagi akaun Facebook membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap komen-komen disiarkan dalam laman sosial itu yang boleh menggugat kestabilan negara.

Ketika prosiding petang semalam, Yeu yang merupakan seorang peniaga kecil serta memakai kemeja-T hitam S4S dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin.

Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh mengemukakan RM10,000 dalam bentuk deposit bank sebagai ikat jamin tambahan.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment