Borneo merupakan sebuah pulau yang ke-3 terbesar di dunia selepas Greenland dan Papua New Guinea. Ia terletak di kedudukan Asia Tenggara diantara Semenanjung Malaysia, Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Filipina dan Sulawesi. Dikelilingi oleh Laut China Selatan, Laut Jawa, Laut Sulu, Laut Sulawesi, Selat Karimata dan Selat Makassar.
Pulau ini dikongsi oleh 3 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia terbahagi kepada 9 bahagian iaitu Sabah, Labuan dan Sarawak (Malaysia), Negara Brunei dan Kalimantan Tengah, Selatan, Timur, Barat dan Utara dalam wilayah Indonesia. Oleh kerana sebutan pulau amat janggal, ia lebih mudah di gelar Borneo.
Sebelum kedatangan Kolonial Inggeris dan Belanda, Borneo lebih dikenali dengan panggilan Kalimatan oleh penduduk Indonesia. Oleh itu Kalimantan Utara merujuk kepada Sabah (Borneo Utara) dan berbeza pada masa kini, Kalimantan Utara merujuk kepada Kalimantan berhampiran Sabah.
Lebih menarik lagi, dahulu sebelum wujudnya nama Kalimatan dan Borneo, pulau ini telah dikenali sebagai Waruna Dwipa yang bermaksud Pulau Dewa Laut. Tidak pasti bila nama ini wujud, namun kewujudan nama Borneo dan Kalimantan adalah Sekitar abad ke-15 dan sebelumnya
Kalimantan
Jika dirujuk kepada asal nama Kalimantan atau Klemantan sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Kalamanthana bermaksud pulau yang udaranya sangat panas. Keadaan ini disebabkan kedudukan georgrafinya dikelilingi oleh lautan dan selat.
Penduduk asli Pulau Borneo yang rata-ratanya masyarakat etnik Dayak pula memanggilnya Klemantan atau Quallmontan yang akhirnya mempertuturkannya menjadi Kalimantan.
Kalimantan sekarang juga mempunyai beberapa kerajaan kuno yang gah suatu waktu dahulu dan jajahan kerajaan kuno ini juga ada yang meliputi wilayah Sabah dan Sarawak sekarang.
Di zaman kegemilangan empayar Singhasari, Bakulapura yang terletak di barat daya Pulau Borneo merupapakan tanah jajahan takhluk Singhasari. Bakula mengikut bahasa Sanskrit bererti pohon tanjung atau nama saintifiknya Mimusops elengi. Bakulapura juga dipanggil Tanjungpura yang bermaksud kerajaan-kerajaan yang wujud di kawasan yang ada banyak pohon Tanjung.
Semasa dibawah takhlukan Kerajaan Majapahit, Pulau Borneo juga disebut sebagai Tanjung Nagara seperti yang diceritakan di dalam Kekawin Nagarakretagama yang ditulis oleh Empu Prapanca pada tahun 1365 yang merujuk wilayah Tanjung Nagara adalah mencakau sehingga ke Saludung iaitu nama lama Manila dan juga Kepulauan Sulu.
Menurut Hikayat Banjar yang ditulis pada tahun 1663 pula, Kalimantan dirujuk sebagai Hujung Tanah. Nama Hujung Tanah ini lebih mengarah kepada bahagian timur Pulau Borneo sekarang kerana disinilah banyak kerajaan-kerajaan negeri yang menjadi penghantar ufti kepada Kerajaan Banjar suatu waktu dahulu.
Mengikut satu naskah yang dipanggil Ramalan Prabu Jayabaya yang ditulis sewaktu berdirinya Kerajaan Kadiri (Pajalu). Teks Jawa Kuno ini mengisahkan sesuatu yang akan terjadi di masa hadapan dan ianya menyebut Borneo sebagai Nusa Kencana.
Borneo
Nama Borneo berasal dari sebuah pohon yang dinamakan Borneol. Di dalam bahasa saintifiknya adalah Dryobalanops camphora yang juga dikenali sebagai pohon kapur untuk mengeluarkan kapur barus.
Pada abad ke-15 antara tarikan bangsa Eropah mengunjungi Pulau Borneo disebabkan terdapat banyaknya tumbuhan ini. Pokok Borneol menghasilkan kapur barus dan merupakan antara produk utama di dalam penghasilan minyak wangi.
Akhirnya pelat bahasa Eropah digunakan yang menyebabkan sebutannya menjadi Borneo.
Ada sumber menyatakan bahawa perkataan Borneo itu berasal dari Brunei atau Baruni. Satu empayar yang besar di Borneo pada waktu itu.
Akhirnya pelat bangsa Eropah menjadikan ianya dipanggil Borneo.
Sememangnya Pulau Borneo mempunyai banyak nama-nama sejak dari dahulu lagi iaitu melalui apa yang dicatatkan di dalam manuskrip sejarah kuno daripada pelbagai bangsa di dunia.
Inilah merupakan sekelumit informasi supaya kita mengenali nama Borneo. Sebuah pulau yang ketiga terbesar di dunia. dan Sabah, Sarawak, Negara Brunei dan Kalimantan adalah wilayah-wilayah yang berada di Pulau Borneo sekarang.





