KUALA LUMPUR: Semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM). Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat MT Orkim Harmony.
Hanya seorang kru kapal, iaitu tukang masak, Mavit Matin dilaporkan mengalami cedera ditembak di bahagian paha.
Kapal Orkim Harmony kini diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba seawal jam 6 petang tadi.