Pages

Monday, 29 June 2015

Kejadian aneh, tanah berasap di SK Sungai Selad Tatau




Kejadian aneh tanah berasap  berlaku  di bawah rumah sebuah kuarters kediaman kakitangan di Sekolah Kebangsaan Sungai Selad, Bintulu semenjak sabtu lalu. Ia amat mengejutkan dan ia seperti tanah mengeluarkan asap gas.

Pihak Bomba telah dihubungi ketika kejadian pada pagi tadi untuk mengenalpasti punca fenomena tersebut. Hasil siasatan pihak Bomba dan pasukan Hazmat, rupa-rupanya ia berpunca daripada kebocoran pada pendawaian bumi  elektrik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hatta Gobel  mengesahkan kejadian tersebut.



Tindakan segera iaitu memotong  sistem pendawaian yang bermasalah telah dilakukan oleh pasukan Bomba.

Buat masa ini, SK Sg Selad masih lagi bergantung dengan sistem generator untuk bekalan elektrik.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment