
Jangan lupa berkunjung ke "Pesta Berumuh Serian" pada 11-12 April ini bertempat di Stadium Mini Serian.
Apa yang menarik ialah pada hari pertama akan di adakan perarakan kontinjen dari kampung terlibat dengan memakai pakaian tradisional atau kostum.
Selain dari itu, 200 peserta motosikal berkuasa tinggi dari Indonesia dan Brunei yang menyertai Serian Bike Gathering akan mengadakan pameran dan rondaan di sekitar kawasan Serian bermula jam 8 pagi. Ia merupakan kerjasama Kelab Permotoran dan Kelab TEGAR Bikers.
Majlis Daerah Serian (MDS) akan mengadakan International Remote Control (RC) Boat, Car and Helicopter .Pihak Kuching RC Power-boat Club di Tasik Danu Serian telah menerima penyertaan 700 peserta dengan 1,000 bot setakat ini.
Sesi penutupan dan penyampaian hadiah akan diadakan pada 12 April oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong.
Sesi karaoke Birumuh Idol dan perasmian Stadium Mini Serian juga akan diadakan pada hari yang sama.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di jangka akan merasmikan Pesta Birumuh 2015 ini.