Pages

Saturday, 28 March 2015

Kini , tiada siapa boleh terbang dengan Penerbangan AirAsia AK5202



EKSKLUSIF: 2015 bukan tahun yang baik buat AirAsia! Pagi tadi, Penerbangan AirAsia AK5202 daripada Kuala Lumpur ke Kuching dibatalkan akibat masalah teknikal sejurus sebelum berlepas.

Seorang ahli pasukan SemutHarian berada di dalam pesawat berkata penumpang menaiki pesawat pada jam 7 pagi dan dijangka berlepas daripada KLIA2 pada jam 7.25 pagi.

Pesawat baru bermula di landasannya apabila juruterbang mendapati masalah teknikal. Beliau mengumumkan penerbangan tidak akan diteruskan bagi memberi peluang pasukan jurutera memeriksa dengan lebih teliti.



Penumpang menghabiskan masa setengah jam di atas pesawat sementara pemeriksaan dilakukan. Juruterbang kemudian memberitahu mereka, lampu hijau diperolehi tetapi penumpang telah mula merasa gusar kerana menanti dokumentasi kejuruteraan.

Proses memakan masa setengah jam dan mereka semuanya tertanya-tanya.

Sejurus kemudian, juruterbang mengumumkan pasukan jurutera berkata terdapat masalah ‘major’. Penumpang diberitahu penerbangan ditangguhkan dan mereka diminta keluar. Juruterbang berkata beliau tidak dapat menerima pesawat tersebut.

Penumpang pada mula merasakan ianya masalah kecil dan kemudian barulah mereka sedar bertapa beratnya masalah yang menimpa.

Menurut ahli SemutHarian, pesawat gantian berada di KLIA2 dan hanya perlu disiapkan. Penumpang lantas menaikinya pada jam 10.40 pagi bagi meneruskan perjalanan.

Ini satu lagi masalah teknikal yang telah tercetus usai tragedi penerbangan AirAsia Indonesia Desember lalu.

AirAsia setakat ini mengenepikan segala persoalan tentang penyelenggaraan dan tahap keselamatannya dengan berkata urusan berjalan seperti biasa.

Adakah penerbangan AirAsia AK5202 pagi tadi hampir menjadi nahas besar sekiranya juruterbang dan pasukan jurutera tidak memeriksa? Amat mengejutkan pesawat tersebut dibenarkan berlepas sedangkan setelah ia diperiksa kru, penjelasan yang berbeza diberi.

AirAsia mungkin mampu mengekalkan reputasi sebagai peneraju penerbangan tambang murah tetapi imejnya di dalam perihal keselamatan dan kebolehpercayaan tercalar.

Kita gusar memikirkan samada AirAsia akan kehilangan satu lagi pesawat kelak.

Mudah-mudahan  tidak, tetapi adakah syarikat tersebut merungkai permasalahan ini?


Hari ini tuah menyebelahinya tetapi bagaimana esok dan lusa?

Kepada kapten dan kru AK5202, tahniah kerana kecemerlangan anda. Anda berjaya menyebabkan penumpang berasa selamat.

Mungkin pihak terbabit perlu memberi butiran apa yang berlaku pagi tadi tentang apa masalah sebenarnya. Penumpang berhak mendapatkan penjelasan AirAsia.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment