Dengan rekod catatan masa 10.30 saat ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada tahun 1998 sehingga kini masih belum dapat diatasi. Catatan masa terbaiknya bukan hanya bermula di situ, tetapi 4 bulan sebelum itu, beliau telah memecah rekod kebangsaan yang bertahan hampir 3 dekad yang telah dicipta pada tahun 1966 oleh Dato Dr M Jagathesan.
Pada tahun 1998 dengan catatan masa 10.31 saat, rekod "The Flying Doctor" pada tahun 1966, 10.38 saat telah lebur. Sebenarnya ketika beraksi di Terbuka Pulau Pinang pada 1995, Watson telah berjaya menyamai rekod kebangsaan dengan catatan masa 10.38 saat. (sila klik)
Antara kejayaan lain yang pernah dicapai oleh Watson ialah melayakkan diri ke Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan Sydney pada tahun 2000.
Kini walaupun telah bersara, beliau masih lagi berada dalam arena sukan negara sebagai Jurulatih di MSN Miri. Beliau bergiat aktif secara bersendiri membantu atlet yang berada di pedalaman sarawak dengan membuka klinik atau bengkel olahraga.
Admin merasa kurang senang dengan artikel terbitan (sila klik) yang menyatakan "Rekod 10.54s yang dicatat Watson Nyambek pada tahun 2001 akhirnya terpadam" ketika aksi Kejohanan Olahraga Terbuka Kedah pada april lalu. Mengapa putar belitkan fakta yang ada?
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk beliau semoga akan terus sukses untuk masa yang akan datang.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk beliau semoga akan terus sukses untuk masa yang akan datang.