Pages

Wednesday, 8 January 2014

Taman Tema Air Senadin pertama di Borneo



Kerja-kerja pembinaan Taman Tema Air fasa pertama di Senadin, Miri oleh Miri Housing Group akan bermula pada Februari 2014 dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2015.

Taman tema air ini akan dilengkapi dengan kompleks beli-belah, tiub air, papan gelongsor air, kolam renang cetek dan kolam renang dalam.

Sesuai dengan status Miri sebagai bandaraya peranginan, dengan siapnya projek ini  ia bukan hanya mengubah wajah Senadin malah menambah tarikan di Miri secara keseluruhannya

Bangunan kompleks membeli-belah di taman tema ini juga akan dibina lebih besar berbanding Bintang Megamall yang menempatkan premis menjual barangan berjenama dari luar negara.

Dengan keluasan 500 ekar dan terletak berhampiran Universiti Curtin Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak), ia dibina secara 3 peringkat dengan kos kira-kira RM1 bilion.

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment