'R4BIA'

Kemunculan logo berjari empat
disertakan tulisan 'R4BIA' yang memenuhi DP friends di media sosial seperti FB dan Twitter.
Anda tertanya-tanya maksudnya?
1. Simbol 4 jari merupakan
simbol mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah
dihancurkan oleh regim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud
Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian,
(angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah
sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada
manusia mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari ini telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan bermula
Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras massacre yang dilakukan
tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat
legitimasi rakyat, Dr Morsi.
3. Simbol #R4BIA
dipakai oleh penyokong Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan
twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang
berlaku di Mesir. Ayuh, tunjukkan solidariti ! Sebarkan.