Pages

Sunday, 7 April 2013

Sepasang kekasih dilapor hilang



MUKAH, Jumaat — Dua lagi orang dilaporkan hilang di sini hari ini, menjadikan lima kesemuanya sejak Selasa lalu.
  • DI MANA? ... Mohammad Sabri (kanan) dan Nur Alisya dilaporkan 
  • hilang.
Mohammad Sabri Junmut, 24, dan kekasihnya Nur Alisya, 23, yang memandu dari sini ke Bintulu pada 1 April lalu sepatutnya tiba ke destinasi mereka pada hari sama. 

Bagaimanapun, mereka tidak tiba di destinasi mereka. Lelaki itu dari Kampung Penipah, Jalan Mukah/Balingian, manakala kekasihnya dari Dalat.

Kakak Mohammad Sabri, Mahani Junmut, 34, berkata mereka bertolak dari rumah di Kampung Penipah, Jalan Mukah/Balingian pada jam 7 pagi. 

“Pada jam 5 petang hari yang sama, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya dan kekasihnya, tetapi tiada jawapan,” katanya ketika membuat laporan polis di sini hari ini.
Mahani berkata pada 2 April beliau menghubungi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Bintulu, tempat adiknya bekerja, tetapi diberitahu adiknya tidak datang bekerja.
Katanya, pada 4 April beliau sekali lagi menghubungi AIM, tetapi diberitahu adiknya sudah empat hari tidak datang bekerja. 

Beliau berkata, saudara-mara dan kawan- kawan adiknya juga tidak tahu di mana dia berada sekarang. Selasa lalu seorang ibu Kerina Seliman, 28 dan anak permpuannya berusia empat tahun Evelyne Iman Munyi dan seorang janda berusia 26 tahun Monica Bet dilaporkan hilang. Kerina dan anaknya hilang pada 30 Mac manakala Monica tidak balik ke rumah sejak 28 Mac lalu. 

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment