Pages

Thursday, 18 April 2013

Kerajaan bina 10,336 unit rumah PPA1M: Najib


PUTRAJAYA: Kerajaan akan membangunkan sejumlah 10,336 unit kediaman di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) khusus untuk penjawat awam di bandar-bandar utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, fasa pertama membabitkan pembinaan sejumlah 1,256 unit di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 di sini.

"Permohonan ini terbuka kepada anggota perkhidmatan awam dan Badan Berkanun Persekutuan dengan keutamaan pemohon yang bekerja di Putrajaya dan berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 sebulan," katanya ketika berucap melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di sini, sebentar tadi.

sumber : berita harian
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment