Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) Malaysia kini bertindak
dengan lebih aktif terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi di
Malaysia. Sebelum ini, tiga syarikat terkemuka di Malaysia telah diberi
kompaun kerana memberi kesusahan kepada para pengguna dengan masalah
panggilan terputus. Celcom, Maxis dan Digi telah dikompaun sebanyak RM
190,000 untuk kesalahan ini.
Kini, lebih banyak lagi kompaun telah dikeluarkan kepada lebih banyak
syarikat, kini untuk kesalahan informasi yang tepat tidak diberikan
ketika pendaftaran kad-SIM prabayar.
Celcom Axiata, Merchantrade, uMobile, Maxis, Maxis Broadband dan Tune
Talk telah diberi saman yang berjumlah lebih daripada RM 900,000 secara
keseluruhannya.
Pengguna yang ingin membeli kad-SIM prabayar perlu informasi mereka
disahkan oleh syarikat telekomunikasi dengan menggunakan sama ada kad
pengenalan ataupun pasport mereka.
SKMM |
“SKMM telah menerima jumlah aduan yang besar di mana nombor MyKad telah digunakan untuk didaftarkan sebagai pemilik nombor pra-bayar yang baru, walaupun bukan mereka yang membeli nombor tersebut,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, pengerusi SKMM.
“Kami melihat perkara ini adalah kesalahan yang besar, dan melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di dalam lesen mereka, di bawah Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
sumber : bernama