Pages

Friday, 22 March 2013

Pelakon popular Bollywood, Sanjay Dutt dihukum penjara


Pelakon popular Bollywood, Sanjay Dutt telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Agung India semalam selepas didapati bersalah kerana menyimpan sejumlah senjata api milik kumpulan penjenayah yang terbabit dalam serangan bom terburuk India pada tahun 1993.

Terdahulu, aktor tersebut pernah menjalani hukuman penjara 18 bulan.

"Dia akan menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan enam bulan lagi. Kami akan menunggu salinan penghakiman mahkamah dan kemudian memutuskan tindakan yang selanjutnya," ujar peguam Dutt, Satish Maneshinde.

Sebelum ini pada tahun 2007, Dutt telah dibebaskan dari terlibat dalam satu siri serangan bom, namun dia didapati bersalah kerana memiliki sepucuk senapang berlaras panjang AK-56 dan pistol.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon berusia 53 tahun itu yang merupakan seorang ahli parlimen di India kecewa dengan keputusan yang dibuat mahkamah dan enggan mengulas berhubung perkara tersebut.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment