Syarikat beroperasi lebih awal, promosi tambang serendah RM38
Malindo Air iaitu syarikat penerbangan tambang rendah baru negara mula beroperasi pada 22 Mac ini, dua bulan lebih awal daripada jangkaan sebelumnya.
Malindo Air iaitu syarikat penerbangan tambang rendah baru negara mula beroperasi pada 22 Mac ini, dua bulan lebih awal daripada jangkaan sebelumnya.
Ketua Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy, berkata pada peringkat
permulaan, syarikat akan menawarkan penerbangan sulung ke Kota Kinabalu,
Sabah pada 22 Mac dan Kuching, Sarawak, sehari kemudian.
“Malindo Air menawarkan tambang serendah RM38 ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu. Kadar itu akan diteruskan ditawarkan sehingga September atau Oktober ini,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian antara Malindo Air dengan kakitangan baru kumpulan itu di Putrajaya, semalam.
Terima sijil AOC
Pada majlis sama, Malindo Air turut melancarkan produk dan servisnya selain menerima Sijil Operasi Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) disampaikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. Hadir sama, Presiden Direktor PT Lion Group, Rusdi Kirana; Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman; Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan dan Direktor General DCA Indonesia, Henrry Bakti.
Malindo Air ditubuhkan hasil usaha sama National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (NADI) dengan penguasaan 51 peratus dan kumpulan penerbangan Indonesia, PT Lion Group (49 peratus).
Mengulas lanjut, Chandran berkata, Malindo Air akan menyediakan 28 penerbangan mingguan ke Kuching dan 21 penerbangan ke Kota Kinabalu.
“Kami juga menawarkan servis dan produk terbaik dalam industri iaitu konsep penerbangan hibrid untuk kelas perniagaan dan ekonomi,” katanya.
Konsep penerbangan hibrid merangkumi penawaran kepada tempat duduk kulit lebih besar kepada kedua-dua kelas, televisyen peribadi bagi sistem hiburan dalam pesawat, perkhidmatan sajian penuh bagi kelas perniagaan dan snek ringan bagi kelas ekonomi.
Tiada caj muatan bagasi
Sebagai tambahan, Malindo Air akan menawarkan perkhidmatan WiFi pada kadar caj yang kecil tidak termasuk dalam tambang penerbangan, selain penumpang tidak dikenakan caj untuk muatan bagasi sehingga 30 kilogram (kg) untuk kelas perniagaan dan 15kg (kelas ekonomi).
Katanya, syarikat penerbangan itu akan mengumumkan le-bih banyak laluan domestik dalam tempoh terdekat.
“Kami merancang membuka laluan baru ke Miri, Bintulu dan Sibu, Sarawak dan Sandakan, Sabah bulan depan,” katanya.
Untuk tempahan sila ke Malindo