Seorang
pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang
diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri apabila cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang
Dipertuan Agong.
Pekerja
berkenaan, Mohd Amir Sheir Zuman, 25, berkata, keunikan wang itu hanya
disedarinya apabiladia ingin membuat bayaran ketika membeli nasi lemak
tiga minggu lalu dan dia terus menyimpan kembali wang berkenaan.
Menurutnya,
sebaik tiba di tempat kerja, dia membelek kembali wang berkenaan dan
menunjukkan kepada rakannya yang lain bagi membolehkan mereka mengesan
keunikan duit berkenaan.
“Selain cetakan BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding wang RM1 biasa.
“Bagaimanapun,
ada juga yang menyatakan kemungkinan duit ini merupakan cetakan pertama
RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga menyebabkan BNM 1 berkenaan
timbul berbanding duit kertas lain,” katanya ketika ditemui di Taman
Rekreasi Tampin, dekat sini, kelmarin.
Sementara
itu, Mohd Amir berkata, walaupun hanya RM1, ada seorang lelaki pernah
menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu dengan harga RM600 kerana
ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan perubatan.
Menurutnya,
buat masa ini dia tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual wang
kertas berkenaan, bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu
yang dapat menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan
harga yang munasabah kepadanya.
Sumber