1. Kuala Lumpur drivers
Pemandu
teksi dari Kuala Lumpur terkenal kerana mengenakan cas berlebihan
terhadap pelanggan dan walaupun mereka sepatutnya mengenakan bayaran
mengikut meter, ramai pemandu tidak berbuat demikian. Teksi di Kuala
Lumpur juga selalunya usang dan buruk.
2. Drivers in Rome
Teksi
adalah terhad dan pemandu sering kasar dan sukar untuk berurusan dengan
mereka. Jika hari hujan, pemandu mengenakan harga dua atau tiga kali
ganda untuk perkhidmatan teksi.
3. Drivers in Bangkok, Thailand
Walaupun
ramai menganggap Bangkok, Thailand mempunyai beberapa pemandu teksi
terbaik di dunia, terdapat banyak pemandu yang tidak tahu jalan.
Beberapa pelancong mengatakan bahawa mereka tersesat walaupun mereka
membayar tambang yang mahal tetapi hakikatnya ialah kebanyakan pemandu
di Bangkok merupakan petani yang memandu teksi untuk membuat sedikit
wang tambahan.
4. Paris drivers
Pemandu
teksi di Paris dikenali kerana sikap kasar mereka. Jika anda bercakap
bahasa Perancis, ia jelas lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan
teksi di sekitar di ibu kota Perancis itu. Jika tidak, pelancong
dinasihatkan untuk menulis alamat pada sehelai kertas untuk
diperlihatkan kepada pemandu teksi.
5. Drivers in New York
Walaupun
pemandu teksi di New York dianggap mengenakan kos yang berpatutan dan
mesra pada umumnya, ramai pemandu tidak benar-benar tahu jalan dan itu
menjadikan tambang boleh menjadi lebih banyak daripada apa yang anda
harapkan.
6. Mumbai drivers
Pemandu
teksi India sebenarnya bersaing atas perniagaan mereka, dan itu bukan
petanda yang baik untuk keselamatan penumpang. Masalah lain ialah banyak
teksi lama yang tidak mempunyai tali pinggang keledar di Mumbai.
7. Zürich Drivers
Masalah bahasa
selalu dihadapi oleh pelancong selain daripada kos tambang teksi yang
agak mahal. Pelancong perlu bersedia dengan arahan sendiri atau berharap
bahawa pemandu teksi yang anda naiki mempunyai GPS melainkan jika
destinasi anda adalah satu tempat yang sangat terkenal seperti lapangan
terbang atau sebuah hotel yang sangat besar.
8. Cairo drivers
Di
Kaherah, Mesir, pemandu teksi terkenal kerana suka mengikut orang di
jalanan dan mengugut mereka untuk mendapatkan lebih banyak perniagaan.
9. Shanghai drivers
Di
China, pelancong disarankan menulis tempat tujuan di atas kertas dalam
bahasa Cina, jika tidak anda akan menghadapi kesukaran mencari destinasi
yang anda cari.
10. Moscow drivers
Di
Moscow, pemandu agak menyusahkan, tetapi mereka sekurang-kurangnya
dilihat pada umumnya pemurah dan jujur. Masalah teksi di Moscow ialah
sukar untuk mencari teksi di beberapa kawasan. Banyak kereta haram
memandu sekitar Moscow dan cuba untuk mendapatkan penumpang, itu yang
anda harus elakkan kerana kos yang mahal.