Kita sering melihat di media cetak dan elektronik tentang kempen memboikot produk Israel di seluruh dunia. Tujuannya adalah menyekat sumber kewangan Israel untuk pembiayaan ketenteraan Zionis dan kekejaman ke atas Palestin.
Tapi tahukah anda? Israel juga turut giat berkempen supaya pengguna tidak memboikot produk mereka. Tajuk utama yang terdapat di “The Jerussalem Post” ialah, Memulaukan Israel -
satu jenayah terhadap kemanusiaan.
Mereka cukup bijak untuk memutar belitkan keadaan.
Antara petikan yang terkandung dalam surat
khabar tersebut ialah :
“Memandangkan sumbangan Israel dalam
bidang sains, pertanian, pengairan,
farmaseutikal dan banyak lagi pada masa kini, memulaukan
produk Israel adalah satu
jenayah terhadap kemanusiaan. Walau
dengan pelbagai masalah, pencapaian Israel masih baik
dan boleh di banggakan.”
Anda sendiri boleh cuba mengunjungi satu blog dari rakyat Israel sendiri, bagaimana mereka memutar belitkan fakta untuk memenangi hati mereka untuk membeli produk Israel ---> http://bit.ly/Vibid9



