Satu versi baru al quran telah
dikeluarkan Apple App Store oleh komuniti kafir ahmadiyyah dan qadiani, nama
aplikasi ini adalah “The Holy Quran Arabic text and English translation”.
diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community telah jelas
disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store itu.
Umat islam yang bermazhab ahlul
sunnah wal jemaah dan mazhab apa saja perlu peka untuk tidak membeli atau
memuat turun aplikasi ini kerana isi al quran melalui sofware ini adalah sangat
meragukan lagi cuba untuk mengubah fakta isi al quran.
Produk ini perlu diboikot kerana
ini adalah salah dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat al-quran yang
asal. Kami memohon untuk anda kongsikan kepada semua supaya mereka tahu
walaupun mereka tidak menggunakan android atau iPhone tetapi mereka boleh
memberitahu orang lain inshaallah.
Kena perhati betul-betul. Sangat
bahaya kerana usaha untuk memesongkan akidah umat Islam tidak pernah berhenti.