Salam semua,
BANTUAN RM500 Tahniah diucapkan kepada mereka yang
tersenarai untuk menerima bantuan RM500 untuk PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1
MALAYSIA. Kepada semua penerima bantuan RM500 yang tersenarai akan
mendapat satu surat rasmi menyatakan permohanan anda telah DILULUSKAN
dan dikepilkan bersama SATU BAUCER yang menunjukkan no kaunter dan
nombor siri penerima bantuan.. Satu
lagi surat jemputan menyatakan tempat, tarikh dan masa juga turut
dikepilkan kepada rakyat yang layak menerima bantuan RM500 tersebut. Sekali lagi tahniah diucapkan..
Kepada
yang belum menerima jawapan atau apa2 surat, diharap bersabar kerana
buat masa sekarang, pemberian wang bantuan diberikan untuk fasa pertama.
Diharap kepada mereka yang sudah menerima surat tawaran tersebut, sila
hadir ke majlis pada hari dan masa yeng telah ditentukan... Anda akan
diberi RM500 secara tunai pada hari tersebut.
Untuk makluman, tak ada sebarang senarai nama yang akan
dipaparkan di laman internet dan anda cuma hanya menunggu surat di rumah
ataupun menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 untuk
membuat sebarang pertanyaan.
