Pages

Friday, 20 April 2018

BR1M Ketegori Baru : Pendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan


Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, BR1M bulan Jun dan Ogos 2018 berjumlah RM400 digandakan kepada RM800, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM1,200 kepada RM2,000!

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, BR1M Jun dan Ogos berjumlah RM300 digandakan kepada RM600, bermakna jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500!

Bagi individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah yang telah terima BR1M RM450, akan menerima tambahan RM150 lagi pada Jun bermakna jumlah keseluruhan RM600!

Satu lagi kategori baharu BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan, akan menerima BR1M RM700 dengan pembayaran 2 kali pada Jun dan Ogos ini!

Thursday, 19 April 2018

CAPI AYAH DAH TAK ADA .. ADIK LAHIR KE DUNIA AYAH PERGI SELAMANYA AJAL KAPAL TERBAKAR


Kuala Lumpur : Mohamad Syafi Khalish,3, dan adik nya Nursayifa Kasya 2 bulan,mereka masih kecil belum mengerti apa  yang berlaku kepada ayah mereka.

Syafi atau lebih mesra dengan panggilan Capi amat merindui ayah nya tambahan pula dia sekarang ini telah mempunyai adik perempuan berusia 2 bulan.

Hasrat Capi untuk berjumpa ayah nya dan ayah nya juga amat merindui Capi tidak kesampaian apabila jasad ayah nya ditemui maut terbakar apabila kapal tempat nya kerja terbakar.

Kru MV Ocean Geos, Mohamad Saiful Ashnar, 31, yang dilaporkan hilang ketika kapal sokongan carigali minyak itu terbakar di Perairan Kuala Baram, Miri, semalam ditemui mati, petang tadi.

Mayat mangsa ditemui di bahagian dalam badan kapal, 1.30 petang selepas pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam ‘perut’ kapal berkenaan, pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Miri (DM13), Kapten Md Fauzi Othman berkata, mayat ditemui empat anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri yang dipertanggungjawabkan bagi tugas berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Marina Bay sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan anggota bomba terbabit berikutan kemahiran dan pengalaman mereka mengendalikan kes seumpamanya, termasuk menghadapi risiko kebocoran gas beracun.

“Ini sebahagian daripada usaha pasukan penyelamat dalam usaha mengesan kru berkenaan yang dilaporkan hilang ketika kapal sokongan itu terbakar susulan letupan di bilik enjinnya awal pagi semalam,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, kapal sokongan carigali minyak, MV Ocean Geos, yang sedang menjalankan kerja-kerja survei untuk PETRONAS terbakar selepas berlaku letupan di bilik enjinnya.

Ketika kejadian, kapal berkenaan berada pada jarak lima batu nautika dari Tanjung Baram, Kuala Baram, di sini menyebabkan 38 kru bertugas bertindak nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dengan dua daripadanya melecur dan luka.

Mereka berjaya diselamatkan oleh beberapa kapal sokongan lain yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber memberitahu mangsa dikatakan satu-satunya kru yang terperangkap dan tidak sempat terjun ke laut dari tragedi kebakaran kapal itu.

“Difahamkan mangsa juga tidak dilihat ketika ‘kiraan kepala’ dilakukan oleh kapten kapal sebelum semua kru diarahkan terjun dari kapal untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan bagi mengenalpasti punca sebenar letupan dan kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kapal berkenaan.

Semoga ibu Capi  Puan Dalila tabah dengan permergian suami tersayang anak kedua mereka baru 2 bulan lahir kedunia suami tersayang pergi buat selamanya. Al fatihah.


Monday, 16 April 2018

Murid Tahun 1 tulis surat kepada Abg Johari minta belikan pensil warna untuk kawan miskin SK Siol Kanan


PETRA JAYA: Carolina Ningo menulis pada garis masa di Facebooknya pada Jumaat menceritakan anaknya Muhd Aimy, 7, yang mengikutnya ke perasmian seminar, mendapat idea menulis surat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Surat yang ditulisnya itu kemudian diserahkan sendiri oleh Aimy dengan tangan kepada Ketua Menteri selepas beliau merasmikan Seminar Pembangunan Umah 2018 di Kompleks Islam Sarawak, pada pagi Jumaat.


Carolina turut memuat naik surat yang bertulis tangan itu dan tentu sekali sempat merakam foto surat tersebut yang berbunyi: “Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Saya Muhd Aimy 1 Waja SK Siol Kanan sayang Ketua Menteri Sarawak. Bolehkah beli pensil warna untuk semua kawan saya yang miskin di sekolah saya. Terima kasih.”

Carolina menggambarkan bagaimana “terujanya” Aimy menunggu Ketua Menteri di depan pintu dan Abang Johari mengusap kepala Aimy sebaik sahaja selepas mengambil surat tersebut dari tangannya.

“Sanggupnya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gambar CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM… He so happy so so much happy bila CM ambik surat ya dan usap palaknya… semoga permintaan Aimy dipenuhi…amin. terima kasih,” tulis Carolina.

Menarik perhatian para netizen lain, Carolina dalam postingnya menceritakan bagaimana anaknya, murid SK Siol Kanan yang terletak di Taman Sukma, Petra Jaya itu, teruja dan duduk di hadapan sekali pada majlis tersebut dengan memberi fokus mendengar isi ucapan Abang Johari.

“Anak mama tok lagik fokus dari mama… Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya…,” tulis Carolina.

Selepas mendengar ucapan Abang Johari itulah, Aimy mencapai kertas nota daripada “doorgift” majlis, lantas menulis surat ringkas tersebut untuk diserahkan sendiri kepada Ketua Menteri.

Di ruang komen akaun Facebook Carolina, para sahabatnya menulis:

Syerina Ahmad Khan: Allahu… semoga anak2 ktk semuanya berjaya dunia akhirat, Carol. Aamiin.

Ct-Razali Dayana Dayyan: Terharu baca… mudahan anak ktk menjadi org penting kelak kak… sampei besarnya ada perasaan belas kasihan dgn org yang (sik) berkemampuan…

Jiritty Santy Patrick Julia: Terharu baca msgnya… kecik2 dah pandey ngan prihatin… hrp satu hari klk nya dpt jd anak yg bijaksana ngan berguna dgn kluarga


Abang Johari pada perasmian tersebut sememangnya mengingatkan umat Islam di negeri agar tidak leka kerana wujudnya anasir tertentu yang berusaha mengadu domba dan menjatuhkan mereka, terutama melalui politik.

Justeru, menurut Abang Johari agenda mereka adalah agar solidariti umat Islam di negeri ini menjadi longgar.

“Ini yang saya takut… layap. Orang lain gunakan kita untuk pecahkan kita. Mereka ada roket, kapal terbang… menggunakan kita, pecahkan kita… akhirnya siapa yang teruk. kita yang teruk,” kata Abang Johari pada perasmian seminar yang berlangsung sehari anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak.
Petikan fb carolina ningo

Assalamualaikum...haritok Aimy ikot mama ke Seminar Pembangunan Ummah 2018 di kompleks Islam Sarawak ..ok nya maok duduk dpn skali sblh kiri sbb sik nampak katanya...apa nok dipadah CM dlm ucapannya..anakmama tok lagik fokus dari mama..Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya..hehehe..


Dlm.diam diam nya nulis surat ke CM pakey notebook dlm doorgift ya..nya madah maok berik kedirik by hand ngan Ketua Menteri..Aimy padah Ketua Menteri dapat tolong org susah..harapan Aimy yang kawan-kawannya yang miskin dapat pensil warna di sekolahnya.

Ok ..sanggup nya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gbr CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM..He so happy so so much happy bila CM ambik surat ya dan usap palaknya...semoga permintaan Aimy dipenuhi...amin. Terima kasih


Sunday, 15 April 2018

Permohonan Rayuan BR1M 2018


Bagi anda yang belum menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia bulan Februari lepas, permohonan rayuan BR1M 2018 telah pun dibuka bermula hari ini (2 April) sehingga tarikh tutup pada 31 Mei depan.
Namun permohonan rayuan ini hanya untuk lima (5) golongan berikut:
Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000
Permohonan rayuan BRIM 2018 hanya dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan kod alasan tidak lulus seperti di atas sahaja.
Bagi anda yang ingin membuat permohonan rayuan BR1M secara online atau manual di pejabat LHDN, sila klik di sini.

Saturday, 7 April 2018

Jumpa mayat rakan ditemui mati dalam longkang selepas 38 jam.




Labuan : SELEPAS hampir 38 jam hilang, gadis penuntut Kolej Matrikulasi Labuan yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin, ditemui mati dalam longkang di Jalan Tun Mustapha, Labuan, dekat Wisma Wong Wo Lo, semalam.

Mayat Bong Kui Lei, 19, ditemui rakannya ketika pencarian di sekitar lokasi kemalangan, 3.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, nahas pada jam 2 pagi kelmarin itu membabitkan kereta dinaiki mangsa bersama rakan lelakinya yang juga pemandu kenderaan dengan sebuah lagi kenderaan.


Katanya, nahas dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah bandar menghala Pohon Batu memasuki laluan bertentangan selepas pemandu disyaki mengantuk dan bertembung dengan satu lagi kenderaan.

Ketika dihantar ke hospital, rakan lelaki mangsa berusia 26 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan selepas dibenarkan pulang, cuba menghubungi Kui Lei dan mencari di tempat tinggal gadis berkenaan, namun tidak berhasil.

“Berikutan itu, beliau kemudian mencari di sekitar kawasan kemalangan sebelum menemui mayat rakannya, kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian lalu memaklumkannya kepada polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Farid berkata, pemandu terbabit memberitahu polis mangsa ada menaiki kenderaan bersamanya sebelum kejadian.

Beliau berkata, pada mulanya kes diklasifikasi sebagai kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan rosak sahaja memandangkan tiada kecederaan serius.

“Bagaimanapun, susulan kematian mangsa, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk bedah siasat,” katanya.

Penjara Dua Tahun Buang Bayi


MIRI: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang wanita warga asing kerana kesalahan membuang bayinya.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah Suljpah Marsahat mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.20 malam, 30 Mac lalu di kawasan pembuangan sampah kompleks beli-belah Imperial Mall di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Dalam kejadian itu, seorang pencari kotak terbuang dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi.

Dia segera membuka satu bungkusan plastik dan mendapati terdapat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan bernyawa di dalamnya.

Lelaki terbabit kemudian meminta bantuan orang awam untuk menghubungi pihak polis bagi memaklumkan penemuan bayi tersebut.

Friday, 6 April 2018

Wanita masalah mental (lembam) hamil, polis jejaki perogol


SIBU: Polis di sini menjejaki seorang individu yang disyaki merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang mengalami masalah mental (lembam) hingga mangsa hamil.Timbalan Ketua Polis Sibu Superintenden Martin Koo berkata, mangsa kini mengandung lima minggu.

Katanya, kejadian itu terbongkar selepas adik mangsa, 19, bertanya mengenai kitaran haidnya yang sudah melebihi tempoh sebulan, namun soalan itu tidak dijawabnya.“Pengadu kemudian membawa kakaknya ke hospital dan pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa mengandung lima minggu,” katanya.

Menurutnya, siasatan polis mendedahkan mangsa mengalami masalah mental tidak stabil sejak berumur 17 tahun.Katanya, mangsa dikatakan sering keluar berjalan bersendirian di kawasan berdekatan rumahnya.Martin berkata, mangsa juga dikatakan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi berhampiran rumahnya pada Februari lalu.

Katanya, mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas ditawarkan minuman oleh lelaki itu.“Apabila dia tersedar, mangsa mendapati dirinyadalam keadaan bogel di dalam sebuah bangunan.“Lelaki itu kemudian menghantarnya pulang ke kedai kopi di mana mereka berjumpa sebelum itu,” katanya.Beliau menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol dan suspek masih dikesan

sumber utusan borneo

***Gambar sekadar hiasan.

JPJ tawar diskaun saman, kompaun 70 peratus


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus terhadap semua saman dan kompaun yang dikeluarkannya, selama sebulan bermula hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata diskaun saman itu ditawarkan JPJ sempena ulang tahunnya yang ke-72.

Katanya, iskaun 70 peratus itu juga mencatat sejarah baharu berikutan JPJ tidak pernah menawarkan diskaun setinggi itu sepanjang 72 tahun penubuhannya.

"Orang ramai perlu merebut peluang membayar pelbagai saman dan kompaun JPJ dengan potongan 70 peratus bermula hari ini sehingga 2 Mei depan.

"Bayaran saman dan kompaun boleh dilakukan di semua kaunter JPJ di seluruh negara.

"Namun, lima kesalahan yang tidak berhak mendapat diskaun 70 peratus ini adalah kesalahan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kesalahan Berat Dengan Muatan (BDM) atau lebih muatan bagi kenderaan lebih lima tan, saman mahkamah serta saman dan kompaun membabitkan warga asing.

"Ini kali pertama potongan sehingga 70 peratus ditawarkan sepanjang penubuhan JPJ kerana sebelum ini kita hanya tawarkan diskaun sehingga 50 peratus sahaja," katanya ketika dihubungi NSTP.

Terdahulu, Ab Aziz melancarkan Sambutan Hari JPJ Ke-72 Peringkat Kebangsaan, di Dataran BP Mall, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid.

Wednesday, 4 April 2018

Kaum Kenyah di Sarawak


Tahukah anda, Kaum Kenyah adalah antara kaum terbesar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak? Selain di Sarawak mereka juga terdapat di Kalimantan, Indonesia. Kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'.

Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu dijajah/diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Namunpun begitu, Kaum Kenyah dapat mempertahankan tanah air mereka dan dapat berdamai dengan wakil pemerintah Rajah Brooke di Marudi. Walaupun mereka telah berdamai dengan kerajaan pada masa itu, mereka telah diarahkan supaya berpindah lebih dekat dengan pusat bandar Marudi. Oleh kerana mereka tidak mahu diperintah oleh kerajaan pada masa itu, maka sebahagian daripada mereka berpakat untuk berpindah ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.

Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.


Tradisi
Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.

Tempat menetap
Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.

Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.

Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.

Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.

Kepercayaan
Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.

Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Ekonomi
Masyarakat asli Kenyah bergantung sistem barter, tetapi terdapat juga kesan sejarah dimana mereka mengunakan mineral asli sebagai matawang. Masyarakat Kenyah juga ada menjumpai besi keluli dan membuat alat parang, kapak dan tombak dari hasil bumi yang dperolehi sendiri. Masyarakat Kenyah juga bergantung kepada hasil tanaman seperti padi bukit, buah-buahan, sayur-sayuran hutan, getah dan sebagainya. Masyarakat asli Kenyah juga memburu dan mereka merupakan pemburu yang cekap di hutan. Hasil buruan akan di kongsi bersama.

Kegiatan ekonomi
Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.

Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pedalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.


Sumber : wikipedia

Berita Baik untuk penjawat awam !!


MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-16 2018
"Demi Negaraku"
4 April 2018
PICC Putrajaya

1. Pemendekan tempoh time based kali ke 2 utk kump pelaksana utk semua perkhidmatan. 13 thn ke 10 thn mulai 1/1/2019

2. Mewujudkan lapisan gred DG56 utk pendidikan yg telah berada lebih 5thn di gred DG54

3. Pemanjangan kemudahan perubatan utk ibu bapa kpd pegawai lantikan kontrak mulai 1 julai 2018

4. Sumbangan dana tahunan kpd cuepacs sekurang2nya rm3juta setahun

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan. Maksimum 7 hari spjg perkhidmatan.

6. Memberikan 1% kenaikan kadar pencen secara one off

7. Persatuan2 pesara akn mendapat geran khas rm1juta

8. Kuota haji khas akan ditentukan kepada pesara kerajaan

9. Pemberian 1kgt khas kpd semua pejawat awam kuat kuasa 1 julai 2018

Insiden Pesara Tentera Mati, Lapan Rakan Sepemburu Direman



KOTA SAMARAHAN: Lapan individu dipercayai rakan pesara tentera yang mati disyaki akibat tertembak diri dalam satu insiden di hutan Kampung Mang di sini pagi Ahad lepas ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kelapan-lapan lelaki terbabit direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

“Lapan suspek yang berburu bersama mangsa ditangkap dan hakim meluluskan perintah tahanan reman selama tujuh hari mulai 2 hingga 8 April ini.“Selain itu, turut dirampas ialah tiga laras senapang termasuk dua kepunyaan rakan mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Lee, mangsa meninggal dunia dengan terdapat kesan tembakan pada bahagian rusuk kiri, depan paha kanan dan punggung sebelah kiri serta terdapat kesan lebam pada bahagian rusuk kanannya.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat yang dijadualkan pada 4 April ini disebabkan ahli patologi kini dalam tugas rasmi di Miri,” jelasnya.

Dalam kejadian itu, mangsa, Bong Francis berusia 46 tahun ditemui mati selepas dikatakan tertembak dirinya.Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dikatakan bersama rakan-rakan serta anaknya masuk ke kawasan hutan tersebut untuk berburu sebelum mangsa memberitahu rakan-rakannya hendak membuang air besar di kawasan sungai berhampiran.

Bagaimanapun, kumpulan pemburu itu dikejutkan dengan bunyi tembakan sebelum mendengar bunyi jeritan mangsa meminta tolong.Mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terlentang dan dipercayai telah meninggal dunia.

sumber utusan borneo
**Gambar sekadar hiasan

Kelindan lori nyaris maut dalam kemalangan



KUCHING: Seorang kelindan lori nyaris maut selepas pemandunya gagal mengawal lori mereka lalu terlanggar belakang sebuah lori lain di persimpangan lampu isyarat di Batu 12 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Menurut sumber, kemalangan berlaku sekitar jam 10 pagi apabila pemandu lori tersebut gagal memberhentikan lori sehingga terlanggar bahagian kanan belakang lori di hadapan merekayang sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau.Impak rempuhan tersebut menyebabkan bahagian penumpang lori tersebut remuk dan kelindan wanita berusia 54 tahun terbabit tersepit di bahagian kakinya.

“Terdapat seorang penumpang yang duduk di sebelah pemandu tersepit di bahagian kaki kanannya dan turut mengalami kecederaan.“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya memberikan bantuan kecemasan sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa yang berasal dari Kampung Ensebang Kuari, Serian dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUS, manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.Sementara dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kiri selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Desa Wira, Kota Samarahan di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun itu semasa kejadian menunggang motosikalnya seorang diriapabila dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lalu tercampak dari atas motosikalnya sekitar jam 9 pagi.“Mangsa yang berasal dari Kampung Sebuluh, Lundu kemudian dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS.

Monday, 2 April 2018

Operasi Bersama : Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia


Serikin : Bersama rakan sejawat dari Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Formasi Briged Ketiga Infantri Malaysia pada Sabtu, telah melaksanakan tinjauan rapat di pintu masuk sempadan Serikin/Jagoi Babang.

Diketuai oleh Leftenan Kolonek Salmi Istikh Ahmad sekitar jam 3 hingga 7 petang, Tinjauan tersebut dilaksanakan dengan bantuan pasukan Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD).

Turut serta, Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin, Panglima 3 Briged dan Brigedier Jeneral TNI Bambang Ismawan, Dankolakopsrem 121/ABW dilengkapi dengan aktiviti sekatan jalan raya di pintu masuk sempadan Malaysia/Indonesia.

Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara TDM dan TNI-AD, di samping mengawal barang-barang terkawal dari bebas memasuki sempadan Malaysia dan Indonesia.

Sepanjang operasi tersebut berlangsung, tiada aktiviti jenayah atau salah laku dikesan di sempadan Serikin/Jagoi Babang.

Turut hadir wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bau dan Pihak Kastam Indonesia. 



Operator kantin disyaki rogol pekerja ditahan



SIBU: Seorang operator kantin ditahan kerana disyaki merogol seorang pekerja sendiri iaitu wanita warganegara Indonesia berulang kali di sini, pagi semalam.Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan melakukan kesalahan tersebut hampir setiap hari sejak November 2016.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak ditahan di rumahnya di Jalan Kandis berikutan satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa, 20 tahun pada jam 11 ​​pagi semalam.

"Kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu (rogol) adalah pada awal bulan Mac lalu," katanya ketika diminta mengulas kejadian itu, hari ini.

Difahamkan, mangsa telah bekerja dengan suspek sejak Oktober 2016 dan tinggal di rumah suspek bersama pekerja lain.Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber : utusan borneo