Pages

Thursday 19 April 2018

CAPI AYAH DAH TAK ADA .. ADIK LAHIR KE DUNIA AYAH PERGI SELAMANYA AJAL KAPAL TERBAKAR


Kuala Lumpur : Mohamad Syafi Khalish,3, dan adik nya Nursayifa Kasya 2 bulan,mereka masih kecil belum mengerti apa  yang berlaku kepada ayah mereka.

Syafi atau lebih mesra dengan panggilan Capi amat merindui ayah nya tambahan pula dia sekarang ini telah mempunyai adik perempuan berusia 2 bulan.

Hasrat Capi untuk berjumpa ayah nya dan ayah nya juga amat merindui Capi tidak kesampaian apabila jasad ayah nya ditemui maut terbakar apabila kapal tempat nya kerja terbakar.

Kru MV Ocean Geos, Mohamad Saiful Ashnar, 31, yang dilaporkan hilang ketika kapal sokongan carigali minyak itu terbakar di Perairan Kuala Baram, Miri, semalam ditemui mati, petang tadi.

Mayat mangsa ditemui di bahagian dalam badan kapal, 1.30 petang selepas pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam ‘perut’ kapal berkenaan, pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah Miri (DM13), Kapten Md Fauzi Othman berkata, mayat ditemui empat anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri yang dipertanggungjawabkan bagi tugas berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Marina Bay sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.


Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapatkan bantuan anggota bomba terbabit berikutan kemahiran dan pengalaman mereka mengendalikan kes seumpamanya, termasuk menghadapi risiko kebocoran gas beracun.

“Ini sebahagian daripada usaha pasukan penyelamat dalam usaha mengesan kru berkenaan yang dilaporkan hilang ketika kapal sokongan itu terbakar susulan letupan di bilik enjinnya awal pagi semalam,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, kapal sokongan carigali minyak, MV Ocean Geos, yang sedang menjalankan kerja-kerja survei untuk PETRONAS terbakar selepas berlaku letupan di bilik enjinnya.

Ketika kejadian, kapal berkenaan berada pada jarak lima batu nautika dari Tanjung Baram, Kuala Baram, di sini menyebabkan 38 kru bertugas bertindak nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dengan dua daripadanya melecur dan luka.

Mereka berjaya diselamatkan oleh beberapa kapal sokongan lain yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber memberitahu mangsa dikatakan satu-satunya kru yang terperangkap dan tidak sempat terjun ke laut dari tragedi kebakaran kapal itu.

“Difahamkan mangsa juga tidak dilihat ketika ‘kiraan kepala’ dilakukan oleh kapten kapal sebelum semua kru diarahkan terjun dari kapal untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan bagi mengenalpasti punca sebenar letupan dan kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kapal berkenaan.

Semoga ibu Capi  Puan Dalila tabah dengan permergian suami tersayang anak kedua mereka baru 2 bulan lahir kedunia suami tersayang pergi buat selamanya. Al fatihah.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment