Pages

Wednesday, 4 April 2018

Kelindan lori nyaris maut dalam kemalangan



KUCHING: Seorang kelindan lori nyaris maut selepas pemandunya gagal mengawal lori mereka lalu terlanggar belakang sebuah lori lain di persimpangan lampu isyarat di Batu 12 Jalan Kuching-Serian di sini, semalam.

Menurut sumber, kemalangan berlaku sekitar jam 10 pagi apabila pemandu lori tersebut gagal memberhentikan lori sehingga terlanggar bahagian kanan belakang lori di hadapan merekayang sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau.Impak rempuhan tersebut menyebabkan bahagian penumpang lori tersebut remuk dan kelindan wanita berusia 54 tahun terbabit tersepit di bahagian kakinya.

“Terdapat seorang penumpang yang duduk di sebelah pemandu tersepit di bahagian kaki kanannya dan turut mengalami kecederaan.“Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya memberikan bantuan kecemasan sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa yang berasal dari Kampung Ensebang Kuari, Serian dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUS, manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.Sementara dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kiri selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Desa Wira, Kota Samarahan di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 21 tahun itu semasa kejadian menunggang motosikalnya seorang diriapabila dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta lalu tercampak dari atas motosikalnya sekitar jam 9 pagi.“Mangsa yang berasal dari Kampung Sebuluh, Lundu kemudian dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.Mangsa sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan masih menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment