Siapakah Etnik Miriek ini yang kini dihimpunkan sebagai Kaum Melayu Sarawak.
Asal-usul etnik Miriek adalah masyarakat Kayan iaitu rumpun Kaum Orang Ulu yang dahulunya menetap di Apo Kayan. Oleh kerana beratus-ratus tahun dahulu terjadinya Perang Kayau maka satu masyarakat ini telah melarikan diri demi survival sehingga ke Baram dan seterusnya meneroka kawasan sekitar Sungai Miri dan cabang-cabang anak sungainya.
Dan kerana itulah pendapat yang mengatakan Miriek merupakan orang asal Miri sekarang adalah benar kerana merekalah dahulu yang membuka Miri sehingga Miri sendiri mendapat nama daripada etnik ini. Malah penerokaan minyak secara tradisional diakui oleh para sejarahwan kolonial bermula dari etnik Miriek yang menjadikan lapisan minyak atau "keruing" sebagai wadah untuk menampal sampan2 mereka.
Pada asalnya etnik Miriek ini beragama animisme atau pagan dan menurut sejarahnya etnik Miriek inilah yang pertama memeluk Islam di kalangan etnik-etnik di Sarawak. Mereka tidak menerima Islam sewaktu Kerajaan Brunei berkuasa di Sarawak sebaliknya mereka menerima Islam sewaktu zaman kemegahan Kerajaan Kesultanan Melaka dan juga kerajaan Melayu yang lain di nusantara dan juga daripada pendakwah2 Arab dan China.
Orang Miriek walaupun serumpun tetapi mempunyai sub-etnik yang berbeza menurut salsilah keturunannya iaitu yang dikenali sebagai Miriek Bahut dan Miriek Permaisuri.
Orang Miriek Bahut merupakan asli Miriek iaitu tidak langsung mengamalkan perkahwinan campur. Suatu waktu dahulu dikatakan pemimpin Miriek Bahut menegah mana-mana anak buahnya untuk berkahwin dengan masyarakat yang lain.
Orang Miriek Permaisuri pula merupakan orang Miriek yang mengamalkan perkahwinan campur. Iaitu legasi keturunan seorang wanita bernama Timah iaitu anak kepada pemimpin Miriek Bahut yang "melanggar sumpah" lalu dibuang daripada kaumnya. Ini kerana si Timah ini berkahwin dengan seorang pemuda daripada kalangan masyarakat Bugis yang bernama Tahir iaitu anak kepada seorang kerabat diraja dari Sulawesi iaitu Ratu Permaisuri. Dikatakan Tahir dan Timah inilah susur galur kepada seorang pemimpin kepada bernama Sureng.
Demi survival jugalah Sureng mahupun Deng iaitu pemimpin daripada Miriek Bahut "melanggar adat" dengan terus mencorakkan perkahwinan campur antara mereka. Perkahwinan campur ini tidak terhad antara sesama Miriek malah juga dengan etnik-etnik yang lain di Miri seperti Iban, Orang Ulu dan sebagainya.
Gahnya etnik Miriek bukan sahaja sebagai satu bangsa Maritim iaitu pendominasi dunia laut malah juga dengan bahasanya yang dikenali sebagai Tuttot Miriek yang merupakan antara bahasa tertua di dunia.
Semoga pencerahan secara sepintas lalu mampu menjadi sedikit ruangan untuk semua bagi menambah informasi. Untuk yang lebih mendalam silalah berkunjung ke ruangan fb dan blog Borneo Oracle yang mana saya menulisnya dengan panjang lebar.
Kredit : Haslina Bujang