RIYADH: Wanita Arab Saudi berdepan risiko dipenjara dan disebat jika disabitkan bersalah memeriksa telefon suami mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran. Ia tidak tertakluk dalam undang-undang Syariah negara itu, sebaliknya dilihat sebagai melanggar urusan peribadi.

"Saya mahu menjelaskan subjek ini membabitkan suami dan isteri dan ia adalah kesalahan ta'zir. Jadi, ada kemungkinan pesalah disebat, denda, penjara, menandatangani perjanjian atau tiada hukuman langsung. "
Ia kesalahan ta'zir yang tidak diiktiraf secara rasmi, jadi hukuman bergantung kepada masalah yang wujud. Jika tiada masalah, tiada hukuman dijatuhkan," katanya kepada akhbar Makkah. - AGENSI