Pages

Sunday, 5 June 2016

Penumpang MAS cedera akibat gangguan gelora udara



KUALA LUMPUR 5 Jun - Beberapa penumpang Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH1 cedera ringan akibat pesawat tersebut mengalami gangguan gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke ibu negara, hari ini.


Malaysia Airlines Berhad dalam satu kenyataan di sini berkata, gangguan gelora udara itu berlaku ketika penerbangan MH1 sedang melalui Teluk Benggali.

“Keadaan itu menyebabkan lampu tali pinggang keledar para penumpang menyala sebelum cuaca menjadi lebih teruk hingga menyebabkan beberapa penumpang mengalami kecederaan kecil. Walau bagaimanapun, penerbangan tersebut selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) tepat pada masanya iaitu pukul 6.10 petang,” katanya.

Jelas kenyataan yang sama, pegawai dan krew perubatan yang bertugas telah memberi rawatan kepada sebilangan kecil penumpang dan anak kapal yang cedera.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment