Pages

Monday, 23 May 2016

Tak sempat Gawai



MIRI 23 Mei - Hasrat dua sahabat balik kampung meraikan perayaan Gawai Dayak tidak kesampaian selepas maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Gen2 berwarna hitam yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta jenis Hyundai Tucson dari arah bertentangan di Jalan Sungai Kubut, Kuala Lurah, semalam.

Dua warga tempatan maut manakala seorang warga Maghribi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kuala Lurah, Limbang, semalam.

Ketua Operasi, Zakaria Matnor dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, dua warga tempatan yang maut di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Angkin Luat,52, dan Senin Gember,40.

Katanya, warga Maghribi yang hanya dikenali sebagai Allabou cedera selepas tercampak keluar dari pacuan empat roda dan terjatuh di kawasan hutan di tepi jalan.

Warga Maghribi itu dihantar ke Hospital Limbang untuk rawatan, katanya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Gen2 yang dipandu lelaki tempatan itu dari arah Brunei ke Limbang gagal memotong sebuah kenderaan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda itu. - BERNAMA

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment