Pages

Thursday, 5 May 2016

Anak Iban harumkan nama Sarawak

Pasukan pantun SMK SONG yang membawa nama pasukan sebagai BICARA KUMANG. Seperti biasa sebagai satu-satunya pasukan pantun bukan melayu yang bertanding diperingkat nusantara kategori bawah 18 tahun.

Sebelum ini mereka bergelar Johan Pesta Pantun Integrasi Budaya anjuran Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung dari 10 hingga 14 Feb lepas. Pada tahun sebelumnya, mereka juga turut menjadi johan untuk pesta ini.

Untuk kali ini,  mereka berjaya merangkul Piala Perak (Naib Johan) dalam Temasya Pantun Piala Seri Melaka yang berlangsung di Taman Mini Malaysia, Melaka pada 28 April hingga 2 Mei 2016 yang lepas.


Pasukan Bicara Kumang merupakan satu-satunya pasukan pemantun bukan Melayu yang bertanding diperingkat nusantara kategori bawah 18 tahun. Ini membuktikan bahawa pantun yang sinonim dengan budaya Melayu kini juga telah berjaya dikuasai dengan begitu baik oleh kaum Iban. 

Mereka berjaya memenangi 5 daripada 10 anugerah yang dipertandingkan iaitu :

Pemantun Belian Terbaik
Pembukaan Terbaik
Kerabat Terbaik Akhir
Pemantun Terbaik Wanita
Pemantun Terbaik Pertandingan Akhir

Majlis penyampaian hadiah Temasya Pantun Piala Seri Melaka ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shareen Akashah Binti Dato' Khalil. 

Persiapan oleh pasukan Bicara Kumang

Tahniah Bicara Kumang!

--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment