
Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa.
Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya.
Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan menjelang sambutan
Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan
mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya
meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.
Berdasarkan sumber diperoleh, kewangan negara tidak
berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya
2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis. Tetapi harapan tetap ada, ini
kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus
penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang
aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank
sahaja.
Setakat hari ini,….Berikut sedikit maklumat dan angka
bonus Raya 2013 yang diperolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai
mengadakan mesyuarat di MOF.
Bayaran Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya
jumlah pembayaran bonus raya :
·
Kakitangan
Awam : RM500
·
Pesara
Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
·
Tarikh : 24
Julai @ 31 Julai 2013
·
Hari : Rabu
·
Diumumkan :
Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan
pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu
pengumuman kelak.
Dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai
atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh
kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak
akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana
gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.
P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya
pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan
untuk menaikkan harga barang sesuka hati.
PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada anda di sini yang
dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini. Apa respon balas anda
pula?
sumber : berita semasa
Hope PM akan mengumumkan berita yang mampu meringankan beban 1.4juta penjawat awam...mmg la org dgr klau kerja gov tu..senang..xp tanggungjawab yg ada...dia sm je seperti yang lain..cthnya: kepada petugas yang ditugaskan tuk menjaga keamanan negara...dengan bonus yang ada akan memberikan lg semangat dan kegembiraan buat mereka dan keluarga.
ReplyDelete