Hikmah di sebalik Mursi di gulingkan
Hikmah
di sebalik Mursi di gulingkan oleh komplot pemerintah tertinggi
tentera Mesir yang kononnya membela dan menghormati kehendak rakyat.
A. As-Sisi dan komplotnya ternyata tertipu dengan anggapan dan khayalan
sendiri bahawa Mursi telah hilang sokongan majoriti rakyat. Cubaan
barat untuk menggambarkan kepada dunia bahawa Mursi telah hilang
sokongan rakyat apabila hanya memfokuskan Medan Tahrir yang hanya
dikerumuni oleh tidak sampai 100 000 orang, juga meleset. Kini gerakan
menyokong Mursi sudah mencecah hampir 10 juta orang di seluruh negara.
B. Mungkin tergopoh gapah membuat keputusan, As-Sisi hanya merujuk dan
mendapatkan sokongan peringkat atasan tanpa mengetahui kedudukan di
peringkat bawah. Menarik sokongan Ketua Hakim, Syaikhul Azhar, Menteri
Dalam Negeri, Ketua Polis, pemimpin-pemimpin penentang yang tidak dapat
menjangkakan kekuatan sokongan mereka terutama yang kalah dalam
pilihanraya Presiden 2012. Tetapi as-Sisi terlupa Ketua Angkatan
Tentera Daratnya sendiri yang terang-terangan menyatakan tidak setuju
dengan tindakan a-Sisi dan mendesaknya menarik balik perisytiharan
rampasan kuasa.
C. Sokongan terhadap Mursi tanpa
disangka-sangka datang daripada pelbagai peringkat dan penjuru. Paling
mengejutkan ialah pasrti al-Watan, parti bekas Presiden Hosni Mubarak
menolak sebarang kerjasama dengan presiden sementara dan mengulangi
pendirian bahawa Mursi masih presiden yang sah. Lain-lain pihak
berpengaruh yang telah mengisytiharkan sokongan penuh terhadap Mursi
sehingga kini;
i. Mufti Mesir yang menggesa agar dikembalikan
kerajaan pilihan rakyat. Suara Mufti Mesir dilihat mampu menggugat suara
Syaikhul Azhar kerana kedua-dua jawatan ini amat penting dalam negara
Mesir.
ii. Ulama' al-Azhar di pelbagai peringkat yang sanggup
turun ke jalanraya bersama penunjuk perasaaan pro-Mursi tanpa
menghiraukan pendirian Syaikhul Azhar.
iii. Kumpulan Hakim
Untuk Mesir yang bersumpah tidak akan meninggalkan Dataran Rabaatul
Adawiyyah sebagai sokongan kepada Mursi.
iv. Parti al-Wasat - pecahan Ikhwanul Muslimin yang agak moderate.
v. Ahli-ahli Nour Party - golongan 'salafi' yang berpaling tadah daripada sokongan terhadap Mursi.
D. Kesimpulannya, dalam masa hanya 4 hari Mursi mendapat apa yang
diperlukan oleh seorang pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi
iaitu sokongan umum rakyat walaupun beliau berada dalam penjara pada
masa ini. Selama ini sokongan terhadapnya tersembunyi tetapi as-Sisi
membantunya membongkar sokongan sebenar rakyat. "ِMereka merancang,
Allah merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang." Insya Allah Mursi
akan kembali menerajui Mesir berkat doa kita semua. Amin.