Taj Mahal ialah makan yang dibina oleh
Shah Jehan untuk isteri ketiga beliau Mumtaz Mahal yang meninggal dunia
pada tahun 1631. Di Bulandshahr, Uttar Pradesh India Faizul Hasan Kadari
(77) membina sebuha replika Taj Mahal untuk arwah isteri beliau
Tajammuli Begum. Faizul sudah membelanjakan GBP 10 500 (RM 50 000) untuk
membina replika sebesar 5000 kaki persegi ini.
Pembinaan dimulakan Febuari 2012 tetapi
terpaksa dihentikan September lalu akibat kehabisan dana. Sungguhpun
begitu Faizul enggan menerima bantuan orang ramai kerana pada hemat
beliau monumen cinta beliau kepada arwah isteri harus dibina menggunakan
wangnya sendiri. Faizul juga telah menjual barang kemas arwah isteri,
tanah milik beliau dan wang pencen bagi menjadikan kubur isteri
kelihatan seperti Taj Mahal mini. Beliau berharap Taj Mahal mini beliau
dapat disiapkan sebelum beliau meninggal dunia dan beliau dapat
disemadikan bersebelah kubur isteri tercinta.