Pages

Wednesday, 31 July 2013

Jom Uji: Di Manakah ‘Grand’ Samsung Galaxy Grand


GALAXY Grand

Terdapat banyak telefon Samsung di pasaran. Lihat sajalah, Galaxy Note lah, S4 lah, macam-macam sampai pening kepala memilih. Harga pun boleh tahan!
Namun, jika anda mahu menggunakan Samsung sebagai telefon ditambah pula anda seorang yang sibuk atau aktif menggunakan dua nombor dan tidak mahu membawa dua telefon dalam poket pada satu masa, pilih saja Samsung Galaxy Grand.

Ia telefon pertengahan yang baik dan lancar dan jika saya ingin berikan jumlah bintang selepas mengujinya, mungkin saya akan berikan 7/10. Boleh tahanlah tu!

Kita lihat spesifikasi ringkas Samsung Galaxy Grand ini. Saiz 5 inci, pemproses Dual Core 1.2GHz ARM Cortex A9, OS Android Jelly Bean 4.1 (boleh kemaskini), dwi sim dan bateri 2100mAh. Cukuplah untuk kegunaan anda pada harga antara RM1,050 hingga RM1,299 seperti yang dijual di pasaran sekarang.


GALAXY Grand dari sudut tepi

Reka bentuknya pun seakan-akan sama seperti rekaan model lama Galaxy S3 tetapi dibesarkan sedikit! Kerangka keliling skrin 5 inci dengan butang on/off ditetapkan di bahagian kanan sementara port microUSB di bahagian bawah dan terdapat sambungan 3.5 mm di atas.

Saya lebih gemarkan mengaitkannya dengan S3 kerana rupanya hampir sama namun ia adalah jauh lebih besar, lebih berat dan lebih tebal berbanding S3 (162g) tetapi nasib baik ada penutup belakang yang nipis. Ia bermakna, anda boleh mencabut bateri jika mahu 'reboot' telefon dengan cepat! Maklumlah, apabila menggunakan Samsung, ada sekali dua dalam sebulan anda akan mengalami masalah telefon yang 'hang' secara tiba-tiba. Jalan mudah, cabut bateri!

Jika anda membuka penutup belakang, anda akan mendapati ruang untuk SIM 1 di sebelah kiri atas dan SIM 2 di sebelah kanan bateri selain slot kad microSD yang membolehkan memori tambahan sehingga 64GB. Mungkin ada yang bertanya apakah jangka hayat bateri jika menggunakan dua talian sekaligus, saya katakan, ia tidak jauh berbeza, cuma kurang ketahanan sejam awal berbanding telefon dengan jumlah kapasiti bateri sama.

Pandangan belakang GALAXY Grand

Kawalan ke atas fungsi dwi sim melalui aplikasi dalam `Home' juga mudah. Sebagai contoh, sim 1 boleh digunakan untuk data manakala sim 2 boleh ditetapkan bagi menerima panggilan saja.
Agak sedikit kecewa dengan skrin 5.0 inci kerana resolusi 480 x 800 dan 187ppi memang tidak setaraf saiznya, jadi jangan harap anda boleh mendapatkan imej grafik yang benar-benar cantik apatah lagi Samsung memilih untuk memakai LCD bukannya AMOLED pada Galaxy Grand, tidak seperti S3 atau Nota 2.
RAM 1GB? 
Ok, biasa saja! dilengkapi kamera 8 megapiksel dengan flash LED dan pilihan ciri ISO, imbangan putih, resolusi, fokus auto dan makro, masa, pendedahan, flash kawalan, mod rakam dan pelbagai penapis serta kesan khas tetapi jangan mengharapkan kualiti rakaman yang hebat seperti S4.
GALAXY Grand

Rentap - pahlawan Iban Rentap

Sempena sambutan Hari Pahlawan hari ini, saya memilih pahlawan Iban, Rentap atau nama sebenarnya Libau untuk di ingati.



Menggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebut nama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannya terhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19.
 
Penentangan terhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yang berpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang pejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannya lanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, Dr Chang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
 
Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luar dari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu.
Disebabkan sikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri menggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas dan Skrang.

Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang Iban

Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap di Pustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentangan Rentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawan itu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya `History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentap yang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turut menggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduk negeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai. Pertempuran pertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844 membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-dua pihak. 
 
Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris mati dalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849, Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang dan Saribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kali ini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis dan Ranee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentap bersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yang turut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru, Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuran angkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.Rombongan pengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserang angkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalam pertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh dan ramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauh ke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.

Kubu Rentap di Tabbat

Rentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kaki Gunung Sadok menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atau awal 1850 menghantar Arthur Crookshank membina Fort James di Lingga yang menjadi persimpangan Sungai Skrang dan Sungai Lupar.Pembinaan kubu Inggeris tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluan mereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan yang selain itu bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnya Linggir dan Aji di persisir pantai. Pada 1852, Brooke membina satu lagi kubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari mengganggu pengikutnya sekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan pahlawan itu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga. Brooke kemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang, mengajaknya keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakan
rundingan damai, namun Rentap enggan.
 
Setahun kemudian, pengikut Brooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari Nanga Skrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah dan membunuh seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawab mengukuhkan pasukan penjajah di Lingga.Pasukan Rentap kemudian berundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi melancarkan serangan balas dan kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagai
wira kaum Dayak di Sarawak.Bagi menghalang orang lain membantu Rentap dan menjadikannya lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke ke merata tempat untuk menahan mereka disyaki membantu pahlawan Iban itu.Pada Ogos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untuk menyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata api manakala pasukan Rentap menyerang balas menggunakan meriam. 
 
Pada sebelah petang, wanita dan kanak-kanak kelihatan meninggalkan kubu Rentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban yang lengkap berpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadok dengan membawa Rentap yang tercedera.Brooke bagaimanapun tidak meneruskan serangan ke Bukit Sadok, ini membolehkan Rentap menguatkan kedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau Kuta Rentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahil dihampiri musuh. Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintah dengan gelaran Rajah Ulu atau Raja Ul dan menjadikan Bukit Sadok pusat kepada semua penduduk tempatan yang menentang pemerintahan Inggeris.Berikutan kedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagi memusnahkan kekuasaannya. 
 
Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkan bagi memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepas melancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brooke berjaya menawan dan membakar Kuta Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai, Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia akibat tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Kronologi:Pada 7 Jun 1857, Ekspedisi Sadok Pertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasan pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikut Rentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadok yang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat dan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000 askar, Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakan
kayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentap juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika menyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brooke ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan akhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.Pada Ogos 1858, Brooke melancarkan Ekspedisi Sadok Kedua untuk menghapuskan kuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampu menembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turut
gagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap dan Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan serangan betubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan senjata api.
 
Pada September 1861, Brooke melancarkan Ekspedisi Ketiga Sadok yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan di hutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarak dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang digelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok, keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlaku berbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan Bujang Timpang Berang yang dimiliki Rentap.Malangnya, salah seorang pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dan darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang tidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan dinding keras Kuta Rentap.

_________________

Friday, 26 July 2013

Isu Minuman Berkarbonat/ Minuman Ringan Mengandungi Alkohol..

 

Alkohol tidak digunakan/dimasukkan  di dalam pembuatan minuman berkarbonat... akan tetapi tindakbalas kandungan gula yg tinggi di dalam minuman tersebut menghasilkan alkohol...

Rujuk fatwa ini sbg panduan:

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnyaharam dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. - (Contoh : Malta & Nutrimalt)
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.  
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak

  • Terdapat masalah berkenaan istilah alkohol (etanol) dan arak di dlm pemahaman di Malaysia
  • Merujuk kepada artikel yg disebarkan berkenaan kandunagn alkohol dalam Coke, kandungan alkohol adalah 2 oz to 5gals syrup bermaksud 8 oz for 20gallon, jdnya 236ml alcohol utk ~76 L total. Approximately 0.31% alcohol content, so below limit 1%

Tuesday, 23 July 2013

Terkini : Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam?

Bonus Raya 2013, Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat Awam



Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.

Berdasarkan sumber diperoleh, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.

Setakat hari ini,….Berikut sedikit maklumat dan angka bonus Raya 2013 yang diperolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Bayaran Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
·         Kakitangan Awam : RM500
·         Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
·         Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
·         Hari : Rabu
·         Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.
P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.
PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada anda di sini yang dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini. Apa respon balas anda pula?

sumber : berita semasa

Walaupun Pengikut Sedikit, Nabi Nuh dianugerahi sebagai pemenang.Kenapa?


KEMENANGAN NABI NUH
(Dikutip Dari Buku Fikih Kemenangan dan Kejayaan DR. Ali Muhammad Ash Shalabi))
 
 
 
 
Nabi Nuh berdakwah hampir sepuluh abad dan orang mukmin yang menempati kapal nuh tidak lebih dari tiga belas orang, sementara orang terkasih yakni buah hati dan istri tercinta tidak menyertainya dijalan dakwah,bahkan ketika diselamatkan untuk naik kekapal mereka menolak, betapa perih hati Nabi Nuh. Dengan angka kuantitatif yang sangat kecil minus orang terkasih, Nabi Nuh masih Dianggap Menang? Seperti apa standar kemenangan bagi seorang Mukmin tersebut?
Allah berfirman,
 
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya.’ Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa adzab hari yang besar (kiamat).”(Al-Araaf:59)
Ikhwati,sesungguhnya inti dakwah Nuh adalah dakwah untuk menyembah Allah dan bertauhid pada-Nya, dan memperingatkan bahwa tidak adanya respon terhadap dakwah tauhid akan mempunyai implikasinya.
Ternyata kaumnya tidak merespon positif apa yang dia serukan kepada mereka, bahkan sebaliknya mereka berlaku sombong, congkak, dan takabur. Allah berfirman

,”Dan bacakanlah kepada mereka berita penting tentang Nuh diwaktu dia berkata kepada kaumnya,’Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakal, karena itu bulatkanlah keputusanmu dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahasiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku dan janganlah kamu memberi tangguh padaku.” (Yunus:71)
 
Surat Hud datang kepada kita untuk menjelaskan perdebatan yang panjang antara Nabi Nuh dengan kaumnya, dimana Nuh mendatangkan hujah-hujah kepada mereka dan mendebatnya serta menjelaskan jalan hidayah kepada mereka hingga akhirnya kaumnya menjawab dengan mengatakan “Wahai Nuh, sesungguhnya kamu telah terbantah dengan kami dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami adzab yang kamu ancamkan kepada kami jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” (Huud:32) 
 
Setelah itu Allah menjelaskan akhir dari ujung kehidupan mereka, “ Dan telah diwahyukan kepada Nuh,bahwasanya sekali-kali tidak akan beriman diantara kaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja) karena itu janganlah kamu bersedih hati tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk kami, Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zhalim itu;sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (Huud:36-37) 
 
Nuh adalah sosok yang sabar dan tangguh dalam mengajak manusia untuk menyembah Allah. Dia telah mengambil semua sarana dakwah yang beragam dalam usaha yang sungguh-sungguh untuk mengarahkan mereka pada hidayah, dan agar mereka menyembah Allah. Allah berfirman, “ Nuh berkata, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku dalam malam dan siang. Maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan terang-terangan.” (Nuuh:5-8)
 
Walaupun dengan upaya yang luar biasa ini dan dengan kesabaran nan penuh pesona serta ketabahan yang tiada tara serta keinginan yang senantiasa menggelegak untuk mengajak kepada kebaikan ternyata kaumnya menolak dan berpaling darinya. Allah berfirman, “mereka berkata, “Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu adalah orang-orang yang hina?” (Asy-Syu’araa’:111), kemudian mereka berkata dengan nada ancaman ...Jika kau tidak berhenti wahai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam.”(Asy Syuaraa’:116)
                
 Tidaklah beriman bersama dengan nabi Nuh kecuali segelintir saja dari kaumnya, sampai istrinya pun dan salah seorang anaknya tenggelam dalam limbah kekufuran. Allah berfirman “Allah membuat istri Nuh dan Istri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada dibawah pengawasan dua orang hamba yang saleh diantara hamba-hamba Kami; lalu kedua istri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah dan dikatakan kepada keduanya ”Masuklah ke dalam neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)” (At Tahriim: 10)
Menjawab pertanya diatas, Nabi Nuh dikatakan sebagai pemenang walaupun hasil kuantitaif begitu rendah, Tapi secara kwalitatif Nabi Nuh layak menang dengan penjelasan sebagai berikut:
 
Pertama. Kesabaran dan kekokohan semangatnya sepanjang abad itu, dan Nabi Nuh sama sekali tidak cenderung pada rayuan kaumnya atau terpengaruh dengan olok-olok dan pelecehan mereka.
Allah berfirman,

Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melewati Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh, “Jika kamu mengejek kami maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kalaian mengejek kami (Huud:38)
 
Kedua, Konspirasi dan ancaman musuh tidak menyurutkan sedikitpun Nuh untuk berdakwah dan memperjuangkan Kalimat Tauhid tegak ditanah airnya.
 
Ketiga, Dibinasakannya semua kompetitor Nuh yang berbuat terang-terangan menentang kalimat tauhid. Dengan cara tenggelam di daratan, hatta ditempat yang paling tinggi sekalipun.
 
Keempat, Diselamatkannya Nuh dan orang-orang yang bersamanya. Berkumpul dan setia berjalan bersama komunitas orang saleh membawa perlindungan.
 
Kelima, Kisah Nuh menjadi inspirasi bagi orang-orang yang mau menjadi pemenang dalam setiap pertempuran. Tidak ada kamus kalah bagi pejuang penegak kalimat Tauhid.Dan tidak tanggungung-tanggung,Nuh menjadi buah Bibir bagi orang yang datang setelah itu bahkan sampai hari ini.

“Dan sesungguhnya telah kami jadikan kapal itu sebagai pelajaran, maka adalah orang yang mau mengambil pelajaran? (Al qamar:15)

KURMA, buah paling berkhasiat dalam dunia !


 


• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?

Monday, 22 July 2013

Bank Islam kini ketatkan syarat baki minimum RM50 di dalam akaun




Bank Islam kini menetapkan syarat, bahawa para pemegang akaun simpanan kini wajib mempunyai minimum RM50 di dalam baki akaun. Hal ini menyebabkan sekelompok pelajar IPTA/IPTS mengamuk kerana rata-rata mereka menggunakan Bank Islam sebagai kemudahan debit/kredit mereka.

Pelajar mendakwa nilai RM50 sangat besar berbeza dengan golongan yang sudah berkerja. Rata-rata terkejut dan membantah sekeras-kerasnya kerana tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin atm untuk berbuka dan membeli sesuatu yang difikirkan perlu. Ada yang terpaksa meminjam dengan rakan-rakan dan ada yang menahan perut untuk makan.



Ianya berbeza dengan para dewasa yang sudah berkerja dan mempunyai gaji yang besar namun turut dirasai golongan yang bergaji kecil. Namun jika dibandingkan dengan pelajar ia adalah nilai yang sangat besar untuk menampung makan seminggu.

Antara rungutan pelanggan di dalam FB Bank Islam Malaysia Berhad.


Walaubagaimanapun dalam tengahari tadi, pihak Bank Islam telah menukar jumlah pengeluaran minimum dari RM50 ke RM10.

Sunday, 21 July 2013

Gambar Proton Preve Hatchback Didedahkan Dengan Lebih Jelas



preve2


Proton Preve hatchback sememangnya menjadi salah satu model yang dinanti-nanti oleh orang ramai. Sebelum ini, banyak gambar-gambar “spyshot” model ini telah pun kami kongsikan. Namun hampir kesemuanya kabur dan tidak memuaskan hati.
Kali ini, 2 keping gambar yang kami perolehi ini dengan jelasnya menunjukkan rekabentuk terakhir Proton Preve hatchback. Pelancaran model ini dijangkakan pada hujung tahun ini. Sekali pandang, nampak bergaya juga kan rekaan Preve hatchback ini?

preve
Apa kata anda? Adakah anda berpuas hati sekiranya ini adalah rekabentuk terakhir Preve hatchback? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Saturday, 20 July 2013

Kisah Sebenar Guru Yang Kematian Anak Di Dalam Kereta

Berikut itu ini adalah kisah sebenar yang dikongsikan tentang kejadian di mana berita tentang budak 3 tahun yang mati kerana dikatakan ditinggalkan ibunya selama 5 jam di dalam kereta.



Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkan urusan kerja yang tak pernah surut sehinggakan kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang guru yang mengajar di SMK USJ4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 tahun yg lemas di dalam kereta. 

Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua-dua anaknya yg masing-masing berusia 4 dan 3 tahun tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik pula masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sekolah kerana mengajar sesi petang. Tiba di sekolah pada kul 11.45 pagi, guru itu tidak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak anaknya  dan terus ke mesyuarat .

Selesai mesyuarat pada pukul 5 petang, ketika membuka pintu kereta belakang, si anak telah kaku dan tidak bernyawa lagi. Paling menyedihkan ialah anak patung kecil yang dipegang basah dengan air mata anaknya. Si ayah bergegas dari Pulau Pinang balik ke Subang Jaya. Hari ini arwah masih belum dibuat postmoterm dan tidak dibenarkan keluar dari rumah mayat kerana ibunya tidak benarkan postmoterm ke atas anaknya.
Jadikanlah ini sebagai renungan dan iktibar kepada kita semua.Jangan tinggalkan anak-anak kita yang masih kecil di dalam kereta walaupun seketika. Entah-entah sesuatu yang terjadi kepada kita. Siapa yang tau? Sebelum mengunci kereta pastikan tidak ada sesiapa di dalamn kenderaan. Walau apapun ajal maut di tangan tuhan, kita hanya mampu merancang. InsyaAllah , bagi si ibu, si anak tadi akan menunggunya di pintu syurga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang akhirnya boleh dibawa balik dan disembahyangkan selepas solat jumaat (semalam).

Friday, 19 July 2013

KERAJAAN KAJI PEMBERIAN BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM - NAJIB

PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

"Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi," katanya pada persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.

Kenyataan CUEPACS itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus.

-- BERNAMA

Thursday, 18 July 2013

Apple dalam proses pengujian terakhir iPhone 6

detail berita
CALIFORNIA - Smartphone selepas model iPhone 5 dikatakan telah memasuki fasa terkahir pengujian. iPhone 6 dikatakan disertai dengan sistem operasi iOS 7.

"The Next Web" melaporkan bahawa salah satu pengusaha menyatakan, Apple telah menguji  perkakasan yang didakwa sebagai iPhone terbaru dengan model 'iPhone 6.1'. Diharapkan telefon pintar ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Sumber itu juga mengatakan bahawa iPhone, iPad, dan iPhone touch masa depan akan hadir dengan sistem operasi iOS 7. Laporan menunjukan bahawa iPhone bertanda dengan kod pembangunan 'iPhone 5.1' dan 'iPhone 5.2', dan hal tersebut menunjukkan bahawa syarikat asal Cupertino itu dalam proses menguji peranti.

Ujian perkakasan iPhone 6.1, menandakan pengemaskinian model iPhone 5.1 dan iPhone 5.2. Perubahan angka pertama dari urutan perkakasan Apple menunjukan perubahan unsur dalaman utama.

Sementara, Penganalisis dari Asymco, Horace Dediu percaya bahawa telefon pintar generasi Apple dilancarkan setiap enam bulan. Andaian ini berdasarkan pernyataan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Apple, John Scully.

Menurut Sculley, syarikat akan melalui perubahan yang ketara dalam kitaran produk, di mana syarikat akan memperkenalkan produk dua kali dalam setahun.

Penganalisis saham Jefferies, Peter Misek spekulasi bahawa "Penerus iPhone 5 akan mengusung 'kamera / skrin super HD, kemampuan bateri lebih baik, dan NFC,' pembaharuan mungkin termasuk skrin IGZO untuk Retina +, kemudian menawarkan kapasiti media penyimpanan 128GB."

Khabar angin lain mengatakan, iPhone 6 akan dikeluarkan dengan enam hingga lapan variasi warna. Sehingga, variasi warna ini akan menarik para generasi muda untuk membeli telefon pintar keluaran Apple.

Saturday, 13 July 2013

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia


Salam, mesti ramai yang tak pernah tengok kad pengenalan bekas perdana menteri Malaysia ni kan.. haa, ni aku ade share jom tengok..

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman

Kad Pengenalan Tun Razak

Kad Pengenalan Tun Hussein Onn

Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad

Kad Pengenalan Tun Abdullah Badawi

Thursday, 11 July 2013

Kod Rahsia Dalam Telefon Pintar Android



1. Tests
- *#*#0588#*#* – Ujian jarak sensor
- *#*#2664#*#* – Ujian skrin sentuh
- *#*#2663#*#* – Versi skrin sentuh
- *#*#0*#*#* – Ujian LCD
- *#*#0673#*#* OR *#*#0289#*#* – Ujian melodi/irama
- *#*#0842#*#* – Ujian peranti (Device) [Ujian getaran dan ujian latar]
- *#*#3264#*#* – Versi RAM
- *#*#0283#*#* – Paket Loopback
- *#*#232331#*#* – Ujian Bluetooth
- *#*#232337#*# – Tunjukkan tempat peranti Bluetooth
- *#*#232338#*#* – Tunjukkan tempat MAC Wifi
- *#*#1472365#*#* – Ujian GPS
- *#*#1575#*#* – Satu lagi ujian GPS

2. Mendapatkan Maklumat Firmware.
- *#*#1234#*#* – PDA dan telefon
- *#*#1111#*#* – Versi FTA SW
- *#*#2222#*#* – Versi FTA HW
- *#*#44336#*#* – PDA, Phone, CSC, Build Time, nombor Changelist
- *#*#4986*2650468#*#* – PDA, Phone, H/W, RF Call Date

3. Sokongan
- *#*#273283*255*663282*#*#* – Menu di mana anda boleh membuat fail sokongan anda

4. Mode Perkhidmatan
- *#*#197328640#*#* – Anda boleh menukar settings atau jalankan ujian dalam mode perkhidmatan

5. Tukar ”End Call / butang Power”
- *#*#7594#*#* – Tukar “End Call / butang Power dalam telefon anda

6. Reset Telefon
- *2767*3855# – Digunakan untuk reset semula telefon anda kepada setting yang asal. Berhati-hati kerana kod ini mampu memadamkan semua file dan setting anda sebelum ini.
- *#*#7780#*#* – Menjalankan semula setting yang asal selepas di reset dan membuang akaun Google yang di simpan di dalam telefon anda, muat turun aplikasi, sistem dan data-data aplikasi dan setting.

7. Maklumat mengenai telefon anda.
- *#*#4636#*#*- Tunjukkan kepada anda: informasi bateri, sejarah bateri, maklumat telefon, dan statistik penggunaan.

Selamat Mencuba ... :)

Singapura telah membesar (expand) sebanyak 20%.



Indonesia sudah memberhenti kan penjualan pasir ke Singapura kerana masalah environment pada pulau pulau Indonesia.

Singapura tetap mahu meneruskan projek pembesaran dan masih mendapat pasir dari negara kita melalui penjualan bawah meja.

Soal nya dalang mana yang jadi dalang sindeket penjualan pasir kpd Singapura?

Malaysia dan umat Melayu terselamat dari dikuasai kaum kiasu jika Singapura masih berada dlam Malaysia kerana negara kecil itu membawa hampir 3 juta undi sanak saudara DAP.

Di tambah dgn para lebai yg sujud di kaki DAP tentu sekali mereka sudah menguasai umat Islam sini.