Pages

Tuesday 22 October 2019

Polis terima laporan kedua berhubung 'Raja Rimba'

KUCHING: Polis membuka kertas siasatan kedua ke atas 'Raja Rimba' berhubung komen di Facebook berunsur ugutan terhadap Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar yang berkata demikian menambah, ia susulan laporan yang diterima di Balai Polis Gita pada pukul 4.35 petang, Isnin.

"Laporan dibuat oleh seorang pegawai kepada Ahli Parlimen Santubong terhadap satu komen (di Facebook) berunsur ugutan oleh Raja Rimba terhadap majikannya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kita siasat sebagai ugutan jenayah di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.

Polis katanya sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook bernama Raja Rimba.

Pada pagi Isnin, satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud susulan catatan Raja Rimba di Facebook.

Laporan susulan catatan itu berunsur ugutan dibuat di Balai Polis Gita.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment