Pages

Tuesday 24 July 2018

Kenali Tokoh Sarawak : Rosli Dhoby



Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak semasa penjajah British. Beliau berketurunan Melayu, berdasarkan ayahnya berketurunan Palembang manakala ibunya berketurunan Melanau.

Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949. Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut tembak oleh pegawai British. Selepas beberapa bulan dalam penjara, Rosli Dhoby akhirnya disabit kesalahan dan dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950. Turut menerima hukuman yang sama, rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong. Kematian mereka telah menghentikan gerakan penentangan anti-kolonialis (penjajah) di Sarawak.

Mereka telah dikebumikan di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara. Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial. Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, pada tanggal 2 Mac 1996, kubur mereka digali semula dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Sebgai tanda penghormatan, keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment