Pages

Tuesday 12 December 2017

Polis sahkan kematian Yeong berpunca daripada kecederaan dialaminya


MIRI: Polis mengesahkan bahawa kematian mangsa bunuh, Yeong Musa, 52, adalah berpunca daripada kecederaan dialami di bahagian leher dan dada akibat jatuh dari tempattinggi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu.

Katanya hasil bedah siasat dilakukan ahli patologi ke atas mayat mangsa pada 6 Disember lalu mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan dialami di leher dan dada kerana jatuh dari tempat tinggi.Bagaimanapun, beliau enggan membuat spekulasi sama ada mangsa masih hidup atau sebaliknya ketika dicampakkan ke sungai pada 30 November lalu.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan seorang lagi suspek berusia 31 tahun ditangkap untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh tersebut.Katanya suspek kedua itu merupakan seorang penganggur dan kawan kepada suspek utama ditangkap sekitar jam 5.15 petang pada 9 Disember lalu di hadapan sebuah bangunan di Blok 3 Estet Perindustrian Piasau di sini.

“Justeru dengan penangkapan suspek terbabit, kita berharap mendapat lebih banyak petunjuk menjurus kepada pembunuhan itu sekali gus mengetahui peranannya dalam kes ini,” ujar beliau.Dalam pada itu, suspek kedua kini menjalani reman tujuh hari sehingga 17 Disember ini di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukanSeksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 pagi, pada 2 Disember lalu, seorang nelayan dalam perjalanan pulang ke rumah terjumpa mayat seorang wanita terapung dengan kepala dibungkus menggunakan guni dan diikat di pinggang. Pada 3 Disember, polis mengenal pasti identiti mayat itu sebagai Yeong Musa, 52, berasal dari Mukah setelah berjaya mengesan laporan polis berhubung kehilangan dibuat ahli keluarga mangsa di Balai Polis Mukah. Mayat mangsa dicam oleh anak lelakinya berdasarkan pakaian dipakai dan tanda lahir pada badan mangsa.

Manakala jam 7.30 pagi, 4 Disember lalu di hadapan sebuah premis di Pusat Komersil Pelita,polis menahan suspek utama berusia 25 tahun yang juga merupakan teman lelaki mangsa kerana disyaki terlibat dalam kes ini.Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas kereta suspek untuk dijadikan barang kes kerana dipercayai sebagai tempat terakhir mangsa berada sebelum mayatnya dicampakkan ke sungai.Sementara itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri petang semalam, diperintahkan direman lanjut tujuh hari sehingga 18 Disember ini.Perintah itu dikeluarkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarkan permohonan remanlanjut dikemukakan pegawai penyiasat jenayah kanan, ASP Dorairajah Vanaltham.

Terdahulu dalam permohonannya, Dorai memberitahu bahawa reman lanjut tujuh hari ke atas suspek amat diperlukan bagi membolehkanpolis mengesan barang kes melakukan kawad cam dan melengkapkan siasatan lanjut berhubung kes ini.

sumber utusan Borneo online
--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment