Mike idak nak balik ke Chor? Tanya Anip kepada saya. Idak gamaknye...ater selese bebeno teman di sana.. jawab saya. Ye le...mike kan gubesor...pangkat udah tinggi. Sambung Anip lagi. Eh! Memandey je kome ni. Mana ade teman gubesor...teman ni che egu biase je. Saya menjelaskan.
Dah tu ngape tak balik Perak...dah tentu mike jadi guru beso. Saranan Anip pada saya. Isk..maleh le...bio le teman jadi cikgu je.
Teman nak tanya sesuatu boleh? Anip berkata. Hah..apa die? Aku pula bertanya. Mike ni lama duduk sarawak....tahan betui...sesetengah orang setahun dua udah nak balik. Mike puluh tahun..duduk. Mike pandai bodek ye? Jelas si Anip. Idak lah....ada lah caranya. Sambung saya.
Ok sahabat semua. Sebagai perantau yang lama duduk di Sarawak memang tak terlepas daripada soal soal sebegini.
Pandai bodek...boleh lah duduk lama di Sarawak.
Hmmm sebenarnya tidak juga.
Kepada rakan rakan di semenanjung jika anda diarah berkhidmat di sini atau mahu menetap disini...bersedialah membuat beberapa transformasi dan justifikasi.
1. Faham budaya orang.
Sarawak mempunyai pola kaum yang seimbang dan ramai. Oleh yang demikian kita akan sentiasa berada didalam suasana budaya yang baru. Kalau tak bersedia kita akan alami RENJATAN BUDAYA berkali kali. Ianya tidak sama seperti di semenanjung. Kalau orang perak masuk kedah atau johor atau kelantan...kita masih boleh adaptasi keadaan kerana kita disana hampir sama. Namun di Sarawak lain. Kalau di kuching ok kerana melayunya ramai...bila masuk Bau atau Serian dah berhadapan dgn Bidayuh..bila di sri aman, kapit dan sibu majoritinya iban. Masuk ke mukah atau sarikei dah bertemu dgn melanau..naik ke miri limbang lawas berjumpa iban melanau kedayan dan brunei..semua ini berbeza dari segi budaya, adat dan bahasa. Jadi kita kena bersedia menerima keadaan tempatan. Jangan lah nampak orang makan ulat mulong...kita pun cakap..eee...kat tempat kita tak de pun nak makan bende bende ni. Please...hal tempat kita...biarkan. Di tempat orang kita kena faham ini cara dan makanan mereka. Kita tak mahu makan...kita senyap je. Begitu juga dengan hal lain..contohnya..perayaan tempatan seperti gawai yang menyediakan tuak. Kita tak boleh minum..kita jelaskan...bukan tolak dengan kata kata yang menghiris hati mereka. Jelaskan...maaf kami tak boleh minum. Kami minum air kola ye tuan. Ini lebih baik daripada menolak seperti ini. Kami tak boleh minum. Nanti mabuk mabuk boleh undang maksiat. Sepatutnya kamu tak boleh minum minuman ini. Ini adalah kenyataan yang boleh menguriskan hati tuan rumah.
2. Belajar bahasa tempatan
Belajarlah sedikit bahasa kaum yang majoriti disini. Kalau bekerja di Betong..belajarlah bahasa iban. Kalau di mukah dan sibu belajar bahasa melanau..di serian belajar bahasa bidayuh. Belajar juga bahasa melayu sarawak. Biar salah atau silap yang pasti kita mencuba...dan rakan kita akan membantu. Walaupun ada yang ambil kesempatan memperkenakan kita...anggap ia satu cabaran dan hiburan. Saya pernah kena. Rakan saya orang melanau meminta saya belajar bahasa melanau. Dia kata senang je...kalau nak air kopi minta pada waiter sebut kabut kaaw bilem. Maksudnya saya nak kopi. Saya pun selamba penuh yakin dan meminta waiter air kopi sambil berkata...bang! Kabut kaaw bilem...satu ye bang. Apa lagi..berdekah2 ketawa rakan rakan saya...akhirnya baru saya tahu... kabut kaaw bilem itu bermaksud buntut ku hitam. Geram pun ada tapi bila difikir..lucu juga..ini akan membuat kita lebih semangat nak belajar pelbagai bahasa.
3.Ambil yang baik
Di mana mana pun ada perkara yang negatif. Di Sarawak atau Sabah juga di Semenanjung..memang ada benda yang tak baik kita nampak. Tapi janganlah kita perbesarkan benda ini hingga jadi isu. Kita cari yang baik untuk disebarkan. Di Sarawak toleransinya tinggi. Jadi kita sebarkan nilai toleransi ini pada rakan2 kita. Wah sarawak ni kaum yang berlainan boleh bersatu dan semeja antara satu sama lain. Tiada prejudis tapi berintergrasi.
4. Berpijak dibumi nyata.
Apa yang kita lihat di Sarawak ini itulah yang kita nampak. Jangan terikut ikut dengan mitos khayal masa silam.
Eh...sarawak banyak sungai...ada jalan raya ke?
Eh..org sarawak tinggal atas pokok ye?
Eh...org sarawak ni bercawat telinga panjangkan?
Eh..iban tu macam orang asli kat pahang tu kan?
Please lah...kita ada internet...ada pakcik google ada makcik youtube...tengoklah...bacalah tentang sarawak sebelum kita berkata yang negatif. Jangan imbau mitos tahun 50an dulu..kita dah di alaf melenia.
Saya mula2 datang sarawak sejak 1992..dah ada jalanraya bertar. Saya datang ke saratok 1994 dah ada jalan tar dari sibu ke ke kuching. Takda pun orang bercawat. Semua berpakaian cantik. Takda orang iban berkulit hitam dan berambut ketak. Mereka bukan orang asli.. mereka sama macam kita orang melayu. Jadi berpijak pada realiti.
5. Hal orang sini jangan campur. Senyap dan move on jalan terbaik.
Sarawak for Sarawkian. Cikgu tak rasa terhina kah slogan ini sebab cikgu bukan orang sarawak..buat apa mengajar kat sarawak. Ini adalah pertanyaan yang pernah menusuk dalam telinga saya. Saya jawab...itu masalah orang sini. Saya tak campur. Mereka nak sarawak untuk orang sarawak...itu perjuangan mereka...saya tak campur. Nak terasa hati? Oh tidak..saya berkhidmat sebagai pendidik. Saya mengajar ilmu pengetahuan. Saya tak mahu ambil tahu soal politik org sarawak. Sebab gelanggang disini berbeza. Isu disini juga berbeza. Saya hanya melihat dan ambil iktibar dari perkara seperti ini. Saya pun ramai rakan dari pelbagai aliran politik. So kita senyap je...Jangan jadi api..dan jauhkan diri dari menjadi batu api.
6. Tolong orang dengan ikhlas.
Bekerja disini biarlah ikhlas dengan niat membantu. Kita boleh bantu orang lain juga mana mana yang perlu. Kalau kita ustaz...bantu lah khairah kampung dengan jadi imam dan khatib. Kalau kita guru, bantu kerja sosial. Buat sesuatu yang boleh menyebabkan kita diterima oleh masyarakat. Jangan hidup bersendirian dalam kelompok sendiri. Orang sarawak suka hidup bermasyarakat maka jadilah sebahagian darinya. Di sini...kebaikan akan dikenang
Kesimpulannya...saya amalkan petua2 ini untuk saya merasa selesa di sini. Alhamdulillah saya kini adalah Perakian in Sarawakian.
Keterangan gambar.
Kami adalah anak2 rantau..
Ustaz Mohd Nassru dari Terengganu, Ustaz Hj Ismail Junoh (tengah) dari kelantan. Dah balik kelantan..datang semula ke sarawak dan bermastautin disini dan saya sendiri. Dari perak pernah balik dan kembali semula ke sarawak. Kenapa? Bak kata ustaz ismail junoh...DUDUK SARAWAK PALING BEST.
Kredit : Cikgu Emmet
Macam mana kalau nk stay atas sbb kerja? Kerja biasa2 ..bkn kerja kerajaan..macam mana dgn DPT?
ReplyDelete