Pages

Monday 29 May 2017

Ternyata Ikan Dory yang kita makan selama ini adalah ikan patin


Nak berkongsi dengan anda tentang keenak rasa "Fish Fillet" yang terdapat di restoran makanan segera atau dibeli sendiri di pasar supermarket.

Tahukah anda? Fish Fillet sebenarnya diperbuat daripada ikan Patin? Kebanyakan Melayu Sarawak tidak boleh makan atau berpantang untuk makan ikan tersebut. Kisahnya bermula dari seorang wanita yang bernama Dayang Kumunah, iaitu wanita legenda ikan patin yang terkenal di Sarawak. 

Diceritakan bahawa seorang nelayan Awang Gading menemui bayi perempuan di atas batu di tepi sungai. Bayi itu diberi nama Dayang Kumunah dan dijaga hingga dewasa. Kecantikan Dayang Kumunah menjadi perhatian ramai. Kemudian, Awang Usop, seorang lelaki tampan dan kaya mengahwini Dayang Kumunah. Sebelum berkahwin, Dayang Kumunah memberi syarat supaya suaminya tidak memaksanya untuk ketawa. 

Namun, pada suatu hari, Awang Usop memaksa isteri ketawa. Kerana terhibur dengan pujukan suaminya, Dayang Kumunah ketawa lalu ternampak insang di dalam mulutnya. Tersedar dengan kesilapan tersebut, Dayang Kumunah lari lalu terjun ke dalam sungai dan menjadi ikan patin. 

Sebelum meninggalkan suami dan anak-anak, Dayang Kumunah berpesan agar keluarga dan generasi selepas itu tidak boleh memakan ikan patin. Jika tidak, mereka menjadi sakit atau gila. Hal tersebut masih menjadi keutamaan bagi masyarakat Melayu Sarawak. Wallahu'alam..

Dory fish

Sekarang kita fokus pula kepada ikan dory atau dory fish. Dari Vietnam Ikan Patin diberi gelaran "Dory Fish" seakan-akan nama ikan mahal semata-mata untuk taktik dan strategi pemasaran. Produk ini dikatakan telah menembusi pasarawan dunia seperti Amerika Syarikat dan sebagainya.

"Dory fish", "silver cat fish"atau ikan patin yang diimport dari Vietnam dengan nama latin "Pangasius hypophthalmus" atau cream dory. 
Ikan Patin atau Dory Fish
Ada pula yang menyangka bahwa ikan dory warna kemasan dan yang ada dipasaran tersebut adalah ikan jenis John Dory yang sangat berkhasiat. Setelah diteliti ternyata ia bukan ikan John Dory. Ia adalah ikan yang diimport  dari Vietnam yang memiliki nama latin iaitu pangasius hypophthalmus. Jelas sekali ia masih dalam satu ketegori ikan patin. Ikan dory di pasaran adalah ikan yang diimport dari Vietnam dan merupakan ikan patin. Sedangkan untuk ikan John Dory tersebut memiliki nama latin zeus faber. Bentuknya pipih kekuningan dan harganya mahal jika dibanding dengan Dory tiruan(patin vietnam). Daging ikan John Dory asli berbentuk pipih, putih, dan lembut, kadar lemaknya juga rendah.

John Dory
Mengapa ikan patin asal Vietnam ini boleh menembusi pasaran dunia dan disebut sebagai ikan dory?

Nama ikan John Dory memang sangat terkenal sehingga pengeluar ikan patin(dory fish) di Vietnam menggunakan nama tersebut untuk memasarkan produknya hingga keluar negara.

Tentulah ikan dory dari vietnam harganya sangat murah jika dibandingkan dengan john dory yang asal.



So.. sesiapa yang pernah makan "dory fish", fikir-fikirkan, nak makan lagi atau berhenti. Admin pun dalam dilema kerana "Fish Fillet" merupakan kegemaran utama apabila berkunjung ke restoran makanan segera tersebut. Terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment