Pages

Friday 2 December 2016

Kisah seorang Makcik sebatang kara mengidap kanser tahap 4




Ketika admin FOPDRM dan sahabat membuat lawatan amal ke hospital umum Kuching , Sarawak admin terjumpa seorang makcik bernama Limah berusia 65 tahun yang keseorangan tanpa keluarga beliau yang masih belum berkahwin disahkan menghidap Kanser Payudara Tahap 3 , yang sedang menjalani rawatan bagi kanser beliau.




Beliau yang bersendirian amat tabah menghadapi kanser tanpa ada keluarga atau saudara mara rapat di sisi kisah beliau amat menyedihkan apabila beliau menahan lapar ketika berada di anjung kasih dengan berbekal kan wang tunai sebanyak rm20.00 sahaja .

Ketika ibu limah di temu bual beliau banyak mengisahkan kisah-kisah sedih beliau yang tinggal sehelai sepinggang tanpa apa-apa bantuan khas ibu limah cukup tabah apabila di tanya apakah yang dimakan ketika berada di rumah beliau di kampung stapok.


Beliau menceritakan hanya membeli beras dengan harga RM3.00 sahaja di kedai kampung dan lauk daripada belas ikhlas jiran tetangga , jika tiada apa-apa makanan ibu limah akan menahan lapar.

Ibu limah sangat tabah dengan keadaan dan dugaan yang berlaku dimaklumkan rumah beliau di kampung pun tidak mempunyai bekalan elektrik dan akan menggunakan pelita ketika waktu malam.

Beliau yang dulu nya berkerja sebagai pencuci pinggan di restoran di Bandaraya Miri dengan pendapatan gaji Rm600, ketika gambar ini di ambil amat ceria dan sentiasa bercerita dengan kisah-kisah kehidupan beliau.

Hasrat ingin menunaikan Haji atau Umrah sentiasa dihati beliau tetapi ibu limah sering mengatakan beliau sedang sakit , Ibu limah yang sentiasa berkata perkara yang harus jangan ditinggalkam ialah " SOLAT " apa yang berlaku adalah Ujian dari ALLAH S.W.T.


Pelbagai keinginan beliau dipadamkan oleh ibu limah  disebabkan ibu limah berfikir mengenai Kanser payudara yang dihadapi beliau.

Jika ingin berjumpa dengan ibu limah dan mengetahui kisah-kisah beliau boleh inbox admin atau kunjungi sendiri beliau di Anjung kasih Hospital umum kuching bilik Singai anjung singgah.

* Kisah di kongsi bersama dari Page FB Friend Of PDRM.


--
Comments
0 Comments
--

No comments:

Post a Comment